in

Diserang Anxiety Attack, Wanita Ini Minta Jangan Kongsi Video Seram Sebarangan

Anxiety Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah rasa terkejut dan terus sesak nafas? Rasa perit kat tekak, sesak nafas, takut dan senang duduk akibat surprise tu?

Well, itu mungkin bermakna korang diserang anxiety attack atau kegelisahan.


Terkejut lepas tengok video seram

Dalam satu tweetnya, wanita ini meluahkan rasa geram selepas terkejut tengok sebuah video seram dimuatnaik pengguna Twitter lain.

Admin pun ada juga terjumpa video tu masa scroll Twitter dan kalau tak kuat semangat, memang boleh terkejutlah.

Anxiety 1
sumber: twitter

Masalahnya, caption yang digunakan pemilik tweet asal pun sangat berbeza dengan apa dipaparkan. Clickbait yang sangat menjadi!

Walau bagaimanapun, tweet berkenaan telah pun dibuang oleh pemilik tweet ketika ini.

Apa itu anxiety attack?

Ia adalah satu penyakit yang mengakibatkan penghidapnya rasa gelisah, ketakutan, kerisauan, dan rasa nervous.

Apabila seseorang diserang penyakit ini, penghidap akan mudah terkejut, menghadapi masalah untuk fokus, selalu rasa tak selesa, sentiasa penat, rasa ketakutan dan susah untuk berehat serta tidur.

Anxiety 2
sumber: twitter

Dan penyakit ini bukan saja boleh dihadapi oleh golongan dewasa malah remaja dan warga emas.

Apa jadi waktu diserang?

Belum reda ketakutan dan kegelisahan yang dihadapi sebelumnya, wanita berkenaan mendakwa akibat daripada video itu dia kini menghadapi masalah untuk tidur.

Malah dia juga sempat berkongsi keadaan dirinya semasa menghadapi anxiety attack.

Anxiety 5

Dah lah baru terima suntikan untuk redakan anxiety sebelum tu, dapat pula kejutan baru. Memang lemah semangatlah kalau terkena.

Henti buat lawak penyakit anxiety

Bukan semua orang faham pun anxiety attack tu macam mana. Kalau terlalu tertekan akibat diserang penyakit ini, penghidap boleh stress sampai membunuh diri ok!

Anxiety 3
sumber: twitter

Jadi, jangan sesuka hati membuat orang terkejut atau upload benda bukan-bukan kat Internet.

Dan pada mereka yang ada kebarangkalian menghadapi penyakit terkejut, boleh siap-siap tukar setting Autoplay untuk semua platform media sosial korang.

Baca: “Tak rapat pun” – Hadapi Depression, Rakan Tiba-Tiba Mesej Nak ‘Pinjam’ Gambar Toreh Tangan Wanita Ni Nak Bagi BF

Torehtangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.