in

Disangka Mati, ‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Semalaman Di Dalam Peti Sejuk Beku

Li4 E1610253159585

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga yang bahagia akan sentiasa mendoakan ahlinya berumur panjang. Namun lain pula yang terjadi dengan keluarga ini.

Seorang warga emas diletakkan dalam peti sejuk beku di rumahnya kerana disangka mati, mengejutkan apabila dia dijumpai masih hidup walaupun sudah semalaman di dalamnya.


 

Balasubramania Kumar, 74, ‘disahkan’ meninggal dunia

Lelaki warga emas di Tamil Nadu, India ini disangkakan sudah meninggal dunia oleh adiknya, Saravanan.

Isnin lalu, Kumar dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut Harian Metro, selepas disahkan meninggal, Saravanan dan keluarga menyewa sebuah peti sejuk beku untuk menyimpan ‘mayat’ abangnya di rumah mereka.

 

Dijumpai hidup lagi oleh pekerja syarikat sewaan peti sejuk beku

Bagaimanapun, pekerja syarikat sewaan peti sejuk beku tersebut terkejut selepas mendapati Kumar masih hidup dan bernafas ketika mengeluarkan mayatnya pada keesokan hari.

Li6

Susulan itu, Kumar dihantar ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

 

Keluarga memang menantikan kematian Kumar

Apabila disoal berkenaan tindakan keluarga terhadap mangsa, Saravanan tegas mengatakan yang abangnya disahkan mati. Rupanya semua hanya ‘sandiwara’ keluarga itu. Hasil siasatan polis,

Keluarga lelaki itu sebenarnya memang sengaja menanti Kumar untuk meninggal dunia.

Saravanan dan keluarganya didakwa atas kesalahan membahayakan nyawa orang lain oleh polis tempatan di sana.

 

Baca : “Sampai tak tidur 4 hari” – Lelaki Meninggal Dunia Kerana Berpuasa Mendoakan Kesihatan Donald Trump

Aa 12

Sumber: dailymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.