Bagi kita, wang tunai RM 5 itu bagi kita sangat kecil, namun untuk sesetengah orang, nilai itu agak besar.
Kadang-kadang nak beli sabun cuci pinggan pun mereka mula rasa terbeban, ia akan membuatkan kita rasa terbuka mata apabila membaca kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.
Kisah ‘Eskrem tak boleh sejuk’
DIkongsikan satu gambar cecair yang penuh dalam bungkusan plastik aiskrim Malaysia digantungkan di kedai dan membiarkan begitu sahaja tanpa dibekukan.
Namun begitu setelah mengetahuinya, ia sebenarnya adalah cecair pencuci pinggan, baju dan minyak masak.
Ia membuatkan wanita ini sebak kerana ia dijual dengan harga 20 sen dan mungkin khusus untuk mereka yang kurang berkemampuan.
Pastinya bila dah tahu akan rasa sebak, bahkan bukan sahaja wanita ini, kita sendiri terus rasa syukur dengan apa yang kita ada.
Nak beli sabun, kicap, sebotol dlm RM4 ke RM7 kita boleh ambik je terus bayar kat kaunter tanpa perlu berfikir panjang.
Nikmat yg kadang kita lupa nak syukuri. Ada keluarga yg hanya mampu beli barang dapur dengan harga RM0.20 utk sekali guna. Atau kalau ada lebih, simpan😢
— AJ ⋆.˚ ᡣ𐭩 (@AinulNunanaa) October 8, 2021
Apapun, wanita ini menyokong dengan tindakan tuan kedai melakukan kaedah ini kerana dapat membantu orang lain dengan cara yang termampu.
Rezeki kita adalah nikmat yg selayaknya dikongsi. Dalam rezeki kita sentiasa ada rezeki orang lain.
Kalau kita nampak RM10 kecik, sangat besar RM10 utk satu lagi keluarga yg lain.
Eskrem ni available kat Malaysia ye: kat kedai yg prihatin dgn kesusahan orang lain🥺
— AJ ⋆.˚ ᡣ𐭩 (@AinulNunanaa) October 8, 2021
Perkongsian daripada @AinulNunanaa ini telah meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets dalam masa 6 jam
Ramai netizen turut sebak bila membacanya dan rata-rata mengatakan kaedah ini masih ada dilakukan sehingga sekarang di Sabah.