in

“Disaat aku jatuh, diuji” – Ali Puteh Titip Penghargaan Buat Isteri, Netizen Bagi Pujian

Untitled design 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, banyak cerita mengenai pelakon dan pelawak Ali Puteh berkenaan hutang dengan kakak iparnya yang merupakan isteri kepada Allahyarham Abam Bocey.

Pun begitu, baru-baru ini menerusi TikTok miliknya Ali Puteh yang juga merupakan calon artis komedi popular untuk Anugerah Bintang Popular itu berkongsi kata-kata penghargaan buat isterinya, Melati Fitri Abdullah selepas pelbagai dugaan yang menimpanya.


cats 21

Dengan memuat naik satu gambar bersama isterinya itu, Ali Puteh menitipkan penghargaan buat isterinya dengan berlatar belakangkan lagu yang berjudul Bahagiaku Sederhana.

“Alhamdulillah, terima kasih wahai insan bergelar isteri. Sentiasa bersama disaat aku tidak punya apa apa. Disaat aku jatuh, disaat aku diuji, disaat aku hilang segalanya.

Disaat aku menangis sendirian, disaat aku difitnah dicaci dihina tetapi kau tetap berada di samping aku dan sentiasa menjadi penguat semangat,” tulisnya.

Selain itu, Ali juga berterima kasih kepada isterinya di saat dia kehilangan ramai orang tersayang serta apabila dia dihina oleh netizen serta orang ramai.

“Jangan give up bro” 

Posting tersebut membuatkan ramai netizen rasa terharu dan mendoakan pasangan itu agar sentiasa tabah menempuhi dugaan.

1 10

Sama-sama kita doakan yang terbaik…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.