in

Dipercayai Cuba Tolak Lori Untuk Selamatkan Anak, Tindakan Gajah Ini Buat Ramai Sebak

gajah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor gajah telah menjadi perhatian warganet kerana tindakan haiwan tersebut yang seakan menolak sebuah lori dipercayai kerana mahu menyelamatkan anaknya.

Video gajah tersebut sebelum ini telah tular di media sosial dan dalam video yang berdurasi selama seminit itu, dapat dilihat gajah betina itu berada di bahagian hadapan lori tersebut.


@malaysiagazette

Sayu… rakaman seekor gajah betina dipercayai ibu kepada anak gajah yang mati dilanggar sebuah treler di jalan Gerik awal pagi tadi. Ibu gajah berkenaan kelihatan tidak berganjak langsung dari sisi treler dan seakan-akan cuba untuk membantu anaknya yang tersepit di bawah treler itu. Video: Orang Awam #malaysiagazette #gajah #gerik

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Artikel Berkaitan: Tular Video 2 Ekor Gajah Tolak Struktur Pagar, Rupanya Sedang Jalankan Proses Ujian Prototaip Pagar ECRL

Artikel Berkaitan: Gajah Liar ‘Sambut’ Perantau Pulang Beraya Di Tasik Banding

Difahamkan, anak gajah betina itu dipercayai telah mati akibat dilanggar oleh lori berkenaan di jalan Gerik, Perak pada awal pagi tadi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan perasaan sebak mereka melihat ibu gajah itu yang tidak berganjak dari lokasi insiden tersebut.

8 2

Dalam video yang tular itu, dapat dilihat anak gajah tersebut terperosok di bawah kenderaan muatan berat itu.

Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah menerima laporan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, lori tersebut telah terlanggar anak gajah itu ketika haiwan tersebut melintas jalan, lapor Sinar Harian. Mungkin sebab jalan tu gelap, jadi tak nampak ada gajah. 

Susulan kejadian itu, ibu gajah itu kemudiannya dialihkan ke kawasan lain yang lebih selamat.

Bangkai anak gajah itu pula akan ditanam oleh pihak PERHILITAN selepas berjaya dikeluarkan dari bawah lori itu.

Sumber: Facebook, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.