in

“Diorang tak bagi sebab insecure” – Cik B Sedih Tak Ramai Bagi Duit Raya Tahun Ni

cikb 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, anak perempuan usahawan terkenal Dato’ Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B meluahkan rasa sedih kerana kurang menerima duit raya pada tahun ini.

Mak cik & pakcik insecure dengan Cik B?

Menerusi hantaran video di TikTok @cikb_havoc, dia meminta orang ramai supaya berhenti meminta duit raya daripadanya. Cik B juga mengadu dia hanya mendapat duit raya daripada tiga orang sahaja.


Artikel berkaitan: “Sampai hati sokong Korea” – Wajah Sama Macam Penyokong Korea, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Cik B Sakat DSV

Artikel berkaitan: “Cik B spend sejuta?” – DSV Muat Naik Video Anak-anak ‘Show Off’Perbelanjaan Bulanan

Stop minta Cik B duit raya. Korang tahu tahun ni Cik B dapat duit raya dari tiga orang je… Mak cik dan Pak cik dah tak nak bagi duit raya sebab diorang kata diorang insecure.

Bagi seringgit duit pun Cik B terima.. Bagi sampul pun Cik B terima je.. tapi kenapa takde orang nak bagi duit raya.

@cikb_havoc

Sedih weyh #onthisday #cikb #tiktokmalaysia #fyp #raya #duitraya #viral

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Cik B muda lagi..

Kata Cik B, ramai orang meminta duit raya daripadanya walaupun dia masih muda dan dia tidak pernah berharap untuk mendapat duit raya ratusan ringgit.

Tengok Cik B, korang yang nak duit raya.. Kita muda lagi.. nak rasa jadi budak… tahun depan baru bukan budak. Cik B janji tak kisah pun nak bagi berapa. Korang mesti expect Cik B nak seratus dua… Tak weh!

Bagaimanapun, Cik B hanya mahu merasai kemeriahan Aidilfitri dengan mendapat sampul duit raya.

Di ruangan komen, ramai warganet turut sedih mendengar luahan Cik B.

cikb 1 cikb 2

Yelah tu.. kita nak rasa kemeriahan raya je ni..

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.