in

“Diorang guna untuk makan” – Pelanggan Nak ‘Check In’ Bilik Tapi Kena ‘Sidai’ Sampai 30 Minit?

syaz ft 2025 02 12T124550.704

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemudahan tempat penginapan seperti hotel dan homestay banyak membantu, khususnya buat pelancong, namun ada juga yang menggunakan perkhidmatan tersebut ketika ingin melakukan tugasan luar kawasan.

Pun begitu, ada tempat perkhidmatan tersebut yang tidak memberikan servis terbaik sehingga mendatangkan kemarahan pelanggan seperti yang tular di TikTok baru-baru ini.


Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Papan Tanda Hotel Di Sabah Guna Bahasa Asing, Pihak Hotel Tampil Beri Respon

Artikel berkaitan: Individu Dakwa Hotel Scam Pelanggan, Minta Bayar Lebih Masa Check In Konon Sebab Ditipu Apps Tempahan

Pengguna TikTok @mardiafabli berkongsi pengalamannya ingin mendaftar masuk ke sebuah apartmen servis di Petaling Jaya, namun dia dan keluarganya terpaksa menunggu sehingga 30 minit hanya kerana pekerja di situ sedang makan dalam bilik mereka.

@mardiafabli

Booking dari apps 8/2 , untuk check in. Masa sampai jam 11 pagi , mula mula minta check in awal pukul 11 pagi, cakap full takda kosong.. kena check in ikut pukul 3 petang, kami ni nak ke event, okay kami pun pergi event bawa anak-anak ni sekali. Dah pukul 3 petang kami sampai untuk check in, 3:30 nak naik ke bilik.. weii diaorang sidai kami alasan makan dalam bilik kami? Korang rasa siapa yang salah kat sini? 😭 penat tau kami dari event ni nak check in tapi di layan begini dengan ada anak kecil, kalau kami je boleh consider lagi, aku pelik macam mana boleh dapat rating tinggi eh tempat appartment ni dengan management macam apa. #fyp

♬ оригинальный звук – .

“Mula-mula minta check in awal pukul 11 pagi, (pengurusan) cakap penuh takda kosong, kena check in ikut pukul 3 petang, kami ni nak ke event, okay kami pun pergi event bawa anak-anak ni sekali.

Dah pukul 3 petang kami sampai untuk check in, 3:30 nak naik ke bilik, weii diaorang sidai kami alasan makan dalam bilik kami,” tulisnya di kapsyen.

Malah, dia juga pelik mengapa apartmen servis itu mendapat rating tinggi dalam aplikasi tempahan.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan pengalaman hampir serupa dari pelanggan lain yang pernah mendaftar masuk ke apartmen tersebut.

cats 3

Aduhai, janganlah aniaya orang macam ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.