in

“Diorang confuse takde orang” – Penjaga Zoo Di Thailand Dedah Penguin Sunyi & Rindu Pengunjung

Penguin Thailand E1649553998804

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti banyak benda tentang kehidupan normal sebelum ini yang korang rindu, kan? Macam pergi melancong, pergi shopping, gathering dengan kawan-kawan dan keluarga. Kebanyakan perkara yang biasa dilakukan dulu sudah tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Jangan kata manusia, haiwan pun sebenarnya rindu nak tengok orang ramai datang jenguk mereka. Itulah apa yang berlaku di sebuah zoo di Thailand dimana penguin-penguin mereka mula menunjukkan kesunyian dek kerana tak ada manusia yang datang melawat mereka selain daripada penjaga zoo.


Khao Kheow 1 1024X768 1 E1628995750367

Memetik laporan portal Reuters, Thailand kini sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang terbesar. Negara itu kini telah memperkenalkan pelbagai sekatan perjalanan yang menyebabkan banyak tempat-tempat awam seperti zoo ditutup.

1040848 720 E1628995611696

Kata Tossapol Kosol, pakar penguin di Khao Kheow Open Zoo, beliau menyedari yang penguin-penguin di zoo terbabit kelihatan terpinga-pinga sebaik mereka berjalan keluar kerana tiada orang yang mengerumuni mereka seperti selalunya.

“Kebiasannya ramai orang yang menunggu mereka keluar. Tapi sekarang, mereka akan berhenti dan melihat sekeliling seolah-olah cuba nak faham kenapa sudah tiada manusia,” jelasnya.

Sejak tahun lalu, Tossapol dan rakan sekerjanya di zoo itu berusaha melakukan pelbagai cara untuk menghiburkan dan membantu haiwan-haiwan untuk bersenam walaupun dengan ketiadaan pelawat seperti kebiasaannya.

Thai Penguin 2021 08 06 E1628995640365

Selepas memberi makan 25 kilogram ikan kepada 41 ekor penguin di zoo terbabit, Tossapol dan rakan sekerjanya yang lain akan membawa haiwan terbabit berjalan melalui kawasan berpenghawa dingin untuk ke kolam outdoor untuk bersenam.

Sementara itu, kata pengarah zoo pula, Tawin Rattanawongsawat, kebajikan haiwan masih perlu dijaga meskipun zoo itu tak boleh dan kehidupan harian manusia sudah tidak menjadi seperti kebiasaan.

“Haiwan-haiwan di zoo mesti pelik kenapa orang yang sama saja beri mereka makan dan tiada lagi orang yang menunggu kemunculan mereka. Mereka mesti rasa sunyi,” katanya.

 

Sumber: Reuters

Baca: “Harap zoo lain pun buat macam ni” – Netizen Puji Idea Kreatif Taman Buaya Melaka, Buat Lawatan Maya Sempena PKP

Lawtan E1628994143681

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.