in

Dilaporkan Hilang Pada Jumaat, Kanak-kanak 10 Tahun Ditemukan Selamat Sedang Bermain Dengan Rakan

Kanak-Kanak 10 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah dilaporkan hilang pada Jumaat lalu setelah dia kali terakhir dilihat berada di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.

Kanak-kanak tersebut, Mohammed Ahil Sekh walau bagaimanapun akhirnya telah selamat ditemukan di Bukit Beruntung semalam sekitar jam 7.15 malam.


6 1

Mohammed Ahil telah ditemui oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid dan ketika ditemui, kanak-kanak itu sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan sebuah rumah di sebuah lorong taman perumahan.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nampak Letih & Terbaring, 2 Budak Disangka Hilang Rupanya 9 Jam Terperangkap Dalam Lif

Artikel Berkaitan: “Letak selipar tengah pintu” – Kes Budak Terperangkap 9 Jam Dalam Lif, Rakaman CCTV Dedah Punca Sebenar?

Kanak-kanak lelaki itu yang dijumpai dalam keadaan selamat kemudiannya telah diserahkan kepada keluarganya.

Sumber: Berita RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.