Ada golongan yang anggap makan di kedai kaki lima sudah memadai untuk mereka berdating dan ada juga yang anggap makan di kedai makanan segera terkenal itu sudah cukup mewah.
Seperti pasangan dari Afrika Selatan ini, sebuah video memperlihatkan mereka berdating dekat kedai makan segera terkenal itu, dalam keadaan romantik, lelaki tersebut melutut sambil menghulurkan cincin untuk melamar teman wanitanya untuk berkahwin.
Artikel berkaitan : Suami Kantoi Curang ‘Dating’ Perempuan Lain, Beri Alasan Konon ‘Join’ Tabligh
Artikel berkaitan : Beli Ribena &Berpeluang Untuk ‘Dating’ Dengan Hun Haqeem? Ini Caranya….
Lelaki tersebut menyarungkan cincin ke jari teman wanitanya yang dalam keadaan segan silu dan terharu sementara pelanggan lain di restoran tersebut bersorak untuk mereka.
Here is the video of that Proposal? pic.twitter.com/wy8LvD9jdg
— Know Your History (@H54355Know) October 2, 2024
Memandangkan video tersebut tular, ada seorang wanita yang dipercayai wartawan memuat naik posting mengundang kecaman orang ramai. Wartawan tersebut memperlekehkan lelaki itu kerana tiada kelas dan mempersendakan pasangan itu kerana membuat lamaran di kedai makanan segera.
Disebabkan itu, banyak syarikat tampil ingin menghulurkan tajaan buat perkahwinan mereka antaranya, honeymoon, pengangkutan untuk ke destinasi bulan madu, cincin kahwin, makanan dan minuman untuk majlis perkahwinan, barang kelengkapan rumah dan macam-macam lagi.
— internet hall of fame (@InternetH0F) October 2, 2024
— internet hall of fame (@InternetH0F) October 2, 2024
Menurut sumber, sebenarnya pasangan tersebut memang sudah pun berkahwin pada tahun 2012. Namun situasi dalam video tersebut adalah saat lelaki yang dikenali sebagai Hector Mkansi mahu memberikan kejutan buat isterinya, Nonhlanhla Soldaat dekat kedai makan kegemaran isterinya itu.
Jadi, tanpa diduga, video mereka jadi tular dan pasangan suami isteri yang sudah dikurniakan 3 anak ini dapat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka dan majlis tersebut telah diraikan dengan begitu meriah.
Sumber : Bored Panda, X