Umum mengetahui, ramai warganegara Malaysia yang telah menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang melibatkan scam yang kebanyakannya berpangkalan di negara jiran iaitu Kemboja serta Thailand.
Semalam, seramai enam orang warga Malaysia telah dibawa pulang selepas menjadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja, mereka diperdayakan tawaran bekerja di kasino yang terletak di bandar peranginan terkenal Sihanoukville dengan gaji lumayan.
Mereka telah berkongsi mimpi ngeri yang terjadi ketika di sana kerana mereka tidaklah diberikan pekerjaan yang dijanjikan sebaliknya mereka dipaksa untuk menjadi scammer untuk menipu orang awam termasuklah dari Malaysia.
Mangsa-mangsa itu menceritakan mereka dikurung dan dikenakan renjatan elektrik jika gagal mencari pelanggan baharu.
Mimpi ngeri keenam-enam mereka itu akhirnya dapat dihentikan selepas tujuh bulan kerana mereka berjaya meloloskan diri dengan bantuan pasukan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO).
Salah seorang mangsa dikenali sebagai Adan memberitahu mereka dipaksa untuk bekerja selama 12 jam sehari malah, ada juga yang terpaksa bekerja sehingga 18 jam tanpa rehat sambil dipantau ketat oleh pengawal bersenjata setiap masa.
“Apabila tiba di sana, kami dipaksa untuk menipu individu di seluruh dunia terutama Malaysia.
Kami dipaksa memperdayakan mangsa menerusi panggilan, aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.” katanya.
Menurut laporan Kosmo!, mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam dari Phnom Penh, keenam-enam mereka itu berasal dari Sabah dan Sarawak.
Adan juga perlu sentiasa bertugas di depan komputer masing-masing untuk mencari dan berhubung dengan ‘pelanggan’ untuk menarik minat mereka melabur ‘saham’ dan berjudi.
Lebih dahsyat lagi, mereka juga turut dipaksa untuk memikat mangsa-mangsa wanita untuk dijadikan ‘kekasih’ sebelum mencuri duit mereka.
Sebagai seorang yang berpengalaman, Adan turut menasihatkan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya menekan sebarang link yang tidak dikenali di peranti atau telefon pintar.
Stay safe guys!
Baca: Ditawar Jadi ‘Personal Shopper’, Individu Cerita Pengalaman Dijerat Jadi ‘Scammer’ Rakyat Malaysia