Umum mengetahui, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan baginda.
Walaupun penganugerahan itu diterima baik oleh ramai, namun cucu kepada Allahyarham, Nik Nur Humaira berkata keluarga telah ‘dicanangkan’ sepatutnya beliau mendapat gelaran ‘Tun’.
Menerusi akaun Facebook miliknya, dia menyifatkan pihaknya tidak dapat menolak jemputan daripada Istana Negara itu.
“Memandangkan jemputan daripada Istana Negara tidak boleh ditolak maka isteri Allahyarham, Tuan Sabariah Tuan Ishak, nenda kami memenuhi undangan tersebut.
Ahli keluarga dicanangkan lebih awal bahawa Tuan Guru akan dianugerahi gelaran Tun namun sebaliknya apabila surat istana tiba, ternyata kami dikejutkan dengan penerimaan gelaran Tan Sri sahaja.
Ah, tidak pelik kerana yang mencanangkan ini memang dikenali sebagai Mat Retorik, sebagaimana Tun M (Dr. Mahathir Mohamad) menggelarkannya,” tulisnya.
Selain itu, Nik Nur Humaira juga berkata, keluarganya tidak memandang rendah gelaran Tan Sri, tetapi terkejut kerana ayahanda ulama sepuh milik ummah itu diletakkan sebaris dengan Kit Siang iaitu seteru politik agama dari dulu sehingga nafas akhir beliau.
Dia berkata pengiktirafan sebenar akan lebih bermanfaat sekiranya idea Tuan Guru ini diperjuangkan, biografi hidupnya dibukukan, serta wawasannya diangkat ke persada.
Baca: “Beta satu-satunya Yang di-Pertuan Agong merintah negara dengan 4 orang PM” – YDP Agong