in

Dikritik Kerana Pentingkan Rupa Dari Bakat, A Aida Tampil Buat Penjelasan

a. aida rupa berbanding bakat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

A. Aida merupakan seorang pelakon yang membintangi banyak drama TV serta filem dan sejak tahun 2003, pelakon itu telah membuka sebuah produksi filem yang dikenali sebagai A. Aida Production. Antara drama siri yang dihasilkan oleh produksi tersebut termasuklah Kisah Cinta Kita serta Bidadari Salju.

Selain itu, A. Aida juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah untuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


Beberapa hari lepas, nama penerbit dan penulis filem itu menjadi hangat dalam industri lakonan tempatan apabila dia mengeluarkan kenyataan yang mengatakan rupa paras seseorang pelakon itu lebih penting daripada bakatnya.

Kenyataannya itu dibidas oleh ramai anak seni tempatan termasuklah pelakon hebat, Amerul Affendi yang menyatakan, segala kursus pengajian dalam lakonan hanyalah sia-sia dan perlu dihentikan.

Hari ini, menerusi laporan New Straits Times, A. Aida berkata itu bukanlah apa yang ingin disampaikan dan dia juga menafikan bakat itu tidak penting baginya.

“Saya tidak mengambil berat tentang barisan pelakon tambahan, saya hanya memerlukan bintang utama mempunyai rupa paras yang tampan atau cantik.

Untuk bakat, mereka juga mesti memilikinya dan saya pastikan mereka akan dilatih untuk menjadi lebih baik.” katanya.

Dia juga menambah, mereka yang mengikuti uji bakat untuk dramanya masih perlu membuktikan bahawa mereka boleh berlakon dengan baik dan dia juga mengatakan penonton lebih sukakan pelakon yang mempunyai rupa paras yang menarik.

Ha, korang jangan salah anggap pulak! 

Baca: “Bukan berlagak alim” – Alif Satar Elak Ambil ‘Job’ Yang Ada Babak Intim Dengan Pelakon Wanita

Lif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.