in

Dikhabarkan Sedang Hamil Anak Sulung, Intan Ladyana & Suami Positif Covid-19

fi intan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon terkenal Intan Ladyana dan suaminya Harris Alif dikhabarkan sah dijangkiti virus Covid-19. Menerusi laman Instagram, Intan telah memuat naik satu rakaman video yang dipercayai dia sedang berada di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital pada sekitar jam 11 malam tadi.

Intan yang dikhabarkan sedang sarat hamil anak sulung telah pun dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bersama suaminya yang turut ditempatkan di hospital yang sama.


Berita ini juga telah dimuat naik oleh pihak Melodi TV3 melalui laman Instagram dan ia telah mengejutkan rakan-rakan artis serta para peminat mereka. Rata-rata mereka telah memberikan komen mendoakan kesembuhan kepada kedua-duanya.

https://www.instagram.com/p/CXymz-Jjfo4/

Sementara itu, buat masa ini Harris masih lagi tidak memuat naik apa-apa perkongsian mahupun pengumuman tentang keadaan mereka di laman sosialnya.

Pasangan yang telah diijabkabul pada Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur ini dikatakan tidak juga membuat apa-apa pengumuman dan perkongsian berkaitan dengan kehamilan anak sulung mereka itu.

Namun begitu, pernah tular di laman TikTok milik seorang jurusolek @adekkwan pada sekitar hujung Oktober lalu, bentuk fizikal Intan; (baby bump) jelas kelihatan seperti wanita hamil.

media intan

Walau bagaimanapun, didoakan agar kedua-dua pasangan ini terutamanya Intan diberi kesembuhan dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan.

Baca: Tok Ram Puji Yassin Salah Masuk Intro Tapi Pandai Sembunyi Lintang-Pukang

fi saya 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.