Beberapa hari lalu, dunia dikejutkan dengan berita kebakaran hutan di Los Angeles, Amerika Syarikat yang sehingga kini telah memusnahkan ribuan rumah dan bangunan termasuklah rumah-rumah agam selebriti popular Hollywood.
Terkini, tular di media sosial gambar pusaran api yang muncul ketika kebakaran di LA itu.
Pusaran api atau dikenali juga sebagai fire tornado itu berlaku apabila angin kencang bertemu dengan aliran udara panas yang naik dari api.
Boleh lihat video dari YouTube FOX 11 Los Angeles ini untuk lihat pusaran api ini muncul ketika kebakaran di LA.
Artikel berkaitan: “Palisades Fire” – Di Los Angeles Korbankan 5 Nyawa, Rumah Selebriti Terkenal Turut Hangus Terbakar
Artikel Berkaitan: “Hanya 10 minit dari rumah” – Jasmine Suraya Panjat Bumbung Rumah Di LA Untuk Lihat Kebakaran
Memetik laporan New York Post, pusaran api yang muncul ketika kebakaran itu dikatakan bersaiz kecil meskipun ia boleh menjadi besar, kadang-kala lebarnya boleh mencecah sehingga ratusan kaki.
Difahamkan, haba panas daripada kebakaran di Los Angeles itu menjadikan persekitaran tersebut kondusif untuk pembentukan tornado api.
Sumber: New York Post