in

Dikecam Teruk Lepas Dikatakan Buat Lawak Isu Tuala Wanita, Nurul Zahid Tampil Bagi Respon

ft nurul zahid dikecam isu pad 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid baru-baru ini dikecam hebat berikutan dengan tindakannya menyuarakan pendapat tentang kemiskinan haid, ia tercetus susulan dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengenai bantuan tuala wanita untuk golongan B40.

 

“Kak, kalau tak pakai tuala wanita free tu memang akan mengandung ke macam mana.”


Menerusi Instagram @nurul.zahid, terdapat satu keratan akhbar yang menunjukkan kenyataan daripada Dr Nurul Ashikin mengenai bantuan tuala wanita percuma itu.

Dalam kenyataan itu, dilihat bahawa bantuan itu sepatutnya diberikan bagi membantu wanita daripada kerap mengandung kerana tidak mampu membeli tuala wanita.

Ia kemudiannya menjadi pertikaian Nurul Zahid didakwa memberikan respon mengenai perkara tersebut.

nurul zahid dikecam isu pad 2

Dalam ruangan komen, ada netizen menegur mengenai kemiskinan haid yang berlaku di negara ini, bagaimanapun, Nurul Zahid memberi repson mengatakan bahawa ianya bukanlah satu isu kerana harga pad di Malaysia ini tidak mahal dan mempersoalkan kaitan mengandung dengan tuala wanita.

nurul zahid dikecam isu pad 3 2

 

Bukan bantah atau tak setuju tapi….

Bagi mengelak salah faham, Nurul Zahid ada juga mengeluarkan lagi satu kenyataan mengenai perkara yang disampaikan, katanya, bukan lah ia bantah atau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, tetapi ada cara lain lagi yang boleh dibuat.

Antaranya, memberi ilmu dan pengetahuan yang khusus untuk para wanita B40 berdiri sendiri, malah sewajarnya mereka ini sepatutnya diajar cara nak bagi duit dan perancangan keluarga.

“Ajar cara nak cari duit, sustainability. Bagi MODAL. Bagi ILMU meniaga.”

nurul zahid dikecam isu pad 4

 

Ketua Pejuanita Muda Malaysia bagi respon

Terpanggil dengan kenyataan itu, Dr Nurul Ashikin tampil beri respon mengenai kenyataan Nurul Zahid menerusi Twitter rasmi miliknya.

Menjelaskan bahawa kesedaran mengenai kemiskinan haid bukan sahaja untuk lelaki, ia juga perlu diberikan kesedaran kepada kaum wanita.

https://twitter.com/nurulashikin_m/status/1455047233607397379

“Perlu faham wanita yang susah tiada akses kepada ilmu perancangan keluarga. Jadi mereka hanya berfikir mengenai cara jangka masa pendek untuk tidak membeli tuala wanita dalam tempoh 9 bulan.”

Dalam thread yang telah meraih 9,000 jumlah retweet itu, Dr Ashikin juga menjelaskan bahawa ada yang hilang pertimbangan tanpa memikirkan implikasi tanggungan anak selepas itu.

Malah ada juga kes pelajar-pelajar yang ponteng sekolah kerana keluarga tidak mampu beli tuala wanita.

Jika ada yang masih belum faham mengenai kemiskinan haid, selebriti media sosial Hazeman Huzir pernah jelaskan maklumat lanjut mengenai hal ini, boleh klik di pautan di bawah.

 

Baca : “Pernah tak tertanya-tanya kenapa ramai orang susah tapi anak ramai gila?” – Pendedahan Hazeman Huzir Yang Buat Ramai Tergamam

haze3

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.