in

Dikecam Lantang Bagi Ucapan Sinis Buat Bekas Suami, Netizen Tampil ‘Back Up’ Cik Epal

ft netizen backup cik epal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, pempengaruh dan usahawan Jofliam kini sudah sah menjadi suami kepada Emira Delyati Dewi.

Susulan perkahwinan itu, difahamkan bekas isteri Jofliam iaitu Cik Epal ada membuat satu ucapan sinis buat pasangan pengantin tersebut.


Menerusi Instagram Cik Epal, dia memberikan ucapan tahniah buat anak-anak kerana mendapat ‘bibik’ baru dan memberi pesanan buat isteri baharu Jofliam itu agar jaga suami baharunya elok-elok.

Artikel berkaitan : Jofliam Sah Bergelar Suami Kepada Emira Delyati Dewi

Artikel berkaitan : “Memang match made in hell” – Pedas, Cik Epal Sindir Bekas Suami, Sempat Titip Pesan Pada Dewi

Sesungguhnya korang memang match made in hell.

Screenshot 2025 04 07 133933

Kata-kata itu dilihat telah mengundang kecaman ramai netizen, nak dipendekkan cerita ada warganet anggap bahawa tindakan itu tiada kelas dan menunjukkan seolah-olah Cik Epal ‘panas’ dan tak senang duduk dengan pernikahan bekas suaminya itu.

Namun begitu, ada netizen yang menyebelahi Cik Epal kerana faham situasi yang dihadapinya dan betapa luluh hati Cik Epal yang dicurangi, dihina malah dilarang untuk bertemu dengan anak-anaknya sendiri.

Screenshot 2025 04 07 134553 Screenshot 2025 04 07 134622 Screenshot 2025 04 07 134713 Screenshot 2025 04 07 134740

Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.  Namun pada Oktober tahun lepas, Cik Epal mengumumkan bahawa dirinya sudah sah bercerai dengan chef piza, Jofliam.

Sumber : X, Instagram, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.