in

Dijangka Lebih Teruk Dari Covid-19, Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang Penyakit X

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pakar kesihatan global baru-baru ini telah mengeluarkan amaran mengatakan bahawa Covid-19 mungkin merupakan tanda kepada Pandemik Penyakit X yang lebih dahsyat akan tiba.

Malah, Ketua Pasukan Petugas Vaksin UK, Dame Kate Bingham turut mengatakan bahawa pandemik seterusnya ini mungkin akan bunuh sekurang-kurangnya 50 juta orang.


Pandemik Penyakit X

What Is Disease

Artikel berkaitan: “Lebih teruk dari Covid” – Pakar Dakwa 50 Juta Penduduk Dunia Akan Meninggal Sebab Penyakit X

Artikel berkaitan: Saintis Rusia Cuba ‘Hidupkan’ Semula Virus Berusia 400,000 Tahun, Cetus Kebimbangan Pandemik

Covid-19 kini telah pun menjadi satu penyakit yang biasa dan kini dianggap sebagai masalah kesihatan yang berulang. Namun begitu, pakar perubatan di UK kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi gelombang pandemik baru yang dipanggil sebagai ‘Penyakit X’.

Mereka juga telah mengeluarkan amaran bahawa Selesema Sepanyol yang berlaku pada 1918 hingga 1920 ini mungkin sama dengan kesan virus baru ini.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menamakan ia sebagai “Pandemik Penyakit X”. Untuk melawan penyakit baru ini, vaksin sekali lagi perlu dicipta dan dibekalkan tepat pada masanya. Pun begitu, buat masa ini tiada jaminan bahawa perkara ini akan berlaku.

Kebimbangan mengenai Pandemik Penyakit X ini telah dibangkitkan oleh pakar kesihatan. Mereka telah memberikan amaran tentang kemungkinan berlakunya pandemik yang akan membunuh sebanyak 20 kali lebih banyak berbanding coronavirus. Untuk pengetahuan korang, sejak Covid-19 bermula pada tahun 2020, seramai 7 juta individu telah meninggal dunia di seluruh dunia.

Jadi ini adalah beberapa perkara yang korang perlu tahu tentang Pandemik Penyakit X ini”

Apa yang akan berkemungkinan untuk menjadi punca Penyakit X?

Setakat ini masih belum boleh dipastikan lagi. Bagaimanapun, enam keluarga virus iaitu Adenoviridae, Coronaviridae, Orthomyxoviridae, Paramyxoviridae, Picornaviridae, dan Poxviridae adalah antara keluarga virus yang boleh menyebabkan pandemik seterusnya sekiranya ia menjangkiti manusia dengan ciri-ciri berikut:

  • Tiada imuniti yang wujud di kalangan penduduk global
  • Merebak melalui pernafasan
  • Boleh merebak dari individu sakit tanpa simptom
  • Tiada ubat atau vaksin yang berkesan

Macam mana nak halang tanpa mengetahui apa itu Penyakit X?

262362 Disease X Reuters

Kita boleh halang dengan memfokuskan usaha mewujudkan ubat-ubat yang boleh melawan keluarga virus yang paling berkemungkinan untuk menyebabkan pandemik seterusnya.

Selain itu, satu progam boleh dibuat dengan menggunakan platform dan teknologi vaksinasi yang paling sesuai untuk keluarga virus yang berkemungkinan besar akan mencetuskan wabak penyakit yang dahsyat pada masa hadapan.

Manakala Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa pula telah memberikan jaminan bahawa Malaysia kini bersedia untuk menghadapi apa-apa pandemik yang bakal berlaku termasuk ‘Penyakit X’.

Ia dipanggil X kerana kita tak tahu apa penyakit tersebut, tapi kementerian sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

“WHO juga akan memberikan amaran kepada negara-negara apabila terdapat penyakit epedemik baru yang berlaku.”

Tak cukup dengan itu, tahun lepas WHO telah melancarkan proses saintifik global yang melibatkan lebih 300 saintis untuk mengemaskini senarai bagi mengenalpasti patogen yang boleh menyebabkan pandemik.

Harapnya benda ni tak berlakulah dan kalau betul pun berlaku kita memang dah cukup bersedia.

Sumber: RajNeetPG

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.