in

Digesa Selesaikan Bayaran Tertunggak, Awesome TV Minta Menteri Jangan Masuk Campur

menteri jangan masuk campur awesome tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, beberapa syarikat produksi dan pelakon tanah air telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap stesen Awesome TV atas dakwaan gagal melunaskan bayaran terhadap mereka.

Pun begitu, stesen televisyen terbabit telah menuntut pelakon-pelakon ini memohon maaf kepada pihaknya kerana mengeluarkan kenyataan yang telah mencalarkan imej dan reputasi mereka.


Perkara ini juga telah menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menggesa agar pihak mereka menyelesaikan isu bayaran tertunggak secara baik.

Malah, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kompaun terhadap Awesome TV yang didapati menerbitkan kandungan berita yang melanggar undang-undang.

Minta menteri jangan masuk campur

Bagaimanapun, Awesome TV dalam kenyataan balas meminta Fahmi agar tidak mencampuri urusan hal-hal komersial stesen televisyen itu dengan pembekal kandungan.

Pengurusan Awesome TV menegaskan hal pembayaran adalah tanggungjawab syarikat perantaraan atau ejen yang dilantik dan bukannya stesen televisyen, lapor Sinar Harian.

Pihaknya juga meminta Fahmi membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai Awesome TV.

“Tidak wajar bagi menteri membuat apa-apa kenyataan mengenai stesen televisyen. Sebagai seorang menteri, Fahmi sewajarnya membuat kajian lanjut terutamanya dengan Awesome TV dan tidak melemparkan kata-kata yang memberi kesan negatif dan tidak adil kepada stesen TV ini,” katanya.

Awesome TV juga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memburukkan imej stesen televisyen itu dengan tidak adil.

Baca: “Penat kerja tak dapat hasil” – ‘Job’ Sebelum Puasa Belum Dibayar, Norlia Ghani Luah Rasa Sedih
norlia ghani awesome tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.