in

Didakwa Jadi Punca Kematian ‘Mangsa Buli’, Uqasha Bertekak Dengan Rakan Arwah

Ft Uqasha Senrise Bertekak Masa Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai pelakon Uqasha Senrose yang didakwa terlibat dalam kes buli semasa zaman persekolahan yang didedahkan pada Mac lalu kembali hangat diperkatakan.

Ia mendapat perhatian apabila ada seorang di pengguna laman X yang mendakwa dirinya adalah ‘rakan mangsa’ yang sudah meninggal dunia baru-baru ini.


Dalam kenyataan wanita itu, dia seolah-olah dilihat menyalahkan pelakon tersebut dan berharap agar Uqasha gembira dengan pemergian sahabatnya.

Artikel Berkaitan : Wanita Dakwa Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose Meninggal Dunia, Kawan Arwah Tuntut Di Padang Mahsyar

Artikel Berkaitan : “Cuma saya pernah gaduh dengan adik dia” – [VIDEO] Wanita Mohon Maaf Tuduh Uqasha Senrose Pembuli

Terpanggil dengan isu tersebut, Uqasha tampil memberikan respon dalam satu sesi live meluahkan dengan meluahkan rasa pelik kenapa dirinya terheret dalam isu ini setelah berita dukacita itu disampaikan.

Lebih hangat lagi, Uqasha dikatakan bersemuka dengan wanita yang didakwa rakan arwah dalam sesi live tersebut.

Dalam satu keratan video itu, dilihat keadaan begitu tegang kerana mereka saling bertikam lidah dalam membahaskan isu tersebut.

Uqasha dengan tegas menyatakan bahawa dia sama sekali tidak mengenali wanita tersebut, malah mereka berdua dilihat saling menyindir antara satu sama lain. Rakan mangsa meminta Uqasha bersabar, sementara pelakon itu terus bertegas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Wanita itu berkata, dia bersedia untuk berjumpa dengan peguam Uqasha dan pelakon itu.

Dalam pada itu, Uqasha memberitahu mStar bahawa dia bersedia untuk bersemuka dengan keluarga arwah bagi menyelesaikan segalanya. Malah, dia juga enggan memanjangkan isu ini.

“Saya boleh sahaja berjumpa keluarganya. Sebelum ini lagi saya memang nak berdepan dengan dia tetapi dia yang tidak mahu.

“Jadi, tak ada apa-apa yang saya nak komen, arwah pun dah meninggal dunia. Saya pun tak tahu apa yang mereka marahkan lagi dekat saya.”

“Sudah lama saya berdiam fasal hal ini, saya biarkan peguam saya buat kerja. Bagi saya, tiada apa pun yang saya perlu komen.”

Pada Mac lalu, Uqasha terpalit dengan kontroversi apabila ada wanita menyatakan dirinya pernah menjadi mangsa buli pelakon itu sewaktu zaman persekolahan.

Sumber:  Xtra, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.