Seorang pensyarah daripada universiti tempatan didakwa berkelakukan tidak senonoh terhadap pelajarnya dan perkara ini didedahkan dalam satu hantaran media sosial yang menuduh pensyarah bertaraf profesor itu telah melakukan gangguan seksual dengan menghantar gambar bogelnya kepada pelajar.
Hantaran yang asalnya daripada Instagram itu telah dimuat naik semula ke X dan meraih lebih dariapda 2,600 jumlah perkongsian dalam masa 22 jam.
Artikel berkaitan : “Silap hari bulan ada yang m*ti kerana anda” – Pelajar Kolej Tampal Memo Mogok Dengan Tugasan Pensyarah
Artikel berkaitan : “Kerap merepek dan baca hadis palsu” – Pensyarah Dakwa Ustaz Selebriti Suka ‘Melalut’ Ketika Berdakwah?
Pelajar yang menjadi mangsa dikatakan telah mencetak foto tersebut dan menampalnya di seluruh fakulti sebagai tanda amaran kepada pelajar lain terhadap sikap pensyarah terbabit. Namun begitu, dikatakan foto tersebut telah dibuang dengan kadar segera.
Dalam perkongsiannya di Instagram, difahamkan pensyarah tersebut pernah mempunyai kes gangguan seksual terhadap pelajar lain sebelum ini, namun didakwa tiada tindakan diambil oleh pihak universiti.
Malah, dilaporkan bahawa pelajar yang merupakan mangsa ada menerima kiriman email daripada pensyarah lain selepas foto itu tersebar dan pensyarah itu mengatakan ada pihak yang berdendam dengan pelaku.
Namun sumber melaporkan bahawa selepas laporan dibuat, tiada apa-apa yang berlaku dan mereka mendakwa bahawa ada pihak tertentu menyalah guna kuasa untuk membela pelaku.
Boleh baca penjelasannnya di sini
Malah difahamkan, siasatan dalaman telahpun dilakukan oleh pihak universiti selepas kes ini tular di media sosial. Bahkan, difahamkan pensyarah tersebut telah membuat laporan polis berhubung kes ini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang marah dan memuji keberanian mangsa melakukan perbuatan tersebut kerana ia dapat memberi pengajaran dan membela nasib mangsa yang pernah terkena dengan gangguan tersebut.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada lagi kenyataan lanjut berhubung isu ini dari pihak universiti dan pensyarah terbabit.
Sebaiknya kita tunggu kenyataan daripada kedua-dua belah pihak berhubung isu ini.