Susulan video membuat kejutan hari jadi untuk isterinya menjadi tular, ada individu yang mendakwa bahawa influencer, Hafiz Mahamad dikatakan terlibat dalam urusan perdagangan Forex.
Oleh itu, Hafiz telah tampil untuk menyangkal dakwaan tersebut serta menyatakan segala apa yang dimilikinya pada masa kini datang daripada penat lelah dirinya mengelolakan syarikat produk kecantikan bersama isterinya, Syafiqah Aina.
Menurut Hafiz, dia tidak pernah terjebak dengan Forex serta menyatakan bahawa dia tidak tahu cara menggunakan urusan tersebut, selain memaklumkan segala sumber pendapatnya datang daripada perniagaan dirinya bersama isteri.
“Dari dulu sehinggalah sekarang, sumber pendapatan saya hanya daripada Ainaa Beauty sahaja. Ya, orang nampak mewah bila saya surprisekan isteri… dengan sewa panggung wayang dan sebagainya,” jelasnya.
Bercakap tentang dakwaan itu selepas berkongsi video tentang surprise yang diberikan kepada isterinya sempena sambutan hari lahir baru-baru ini.
Hafiz memberitahu, dia akui terkejut namun dia menghormati apa jua persepsi orang terhadap dirinya serta tidak berasa sedih kerana andaian yang datang itu bukan daripada kenalannya.
“Bagi yang kenal saya, memang mereka tahu saya dan Aina struggle sejak dulu. Sebab tu bila saya dah senang, saya beri balik kepada masyarakat. Sebab yang support saya dulu bukan orang kaya, tapi mereka yang susah juga,” ujar Hafiz.
Bagaimanapun, Hafiz tidak akan mengenakan sebarang tindakan kepada mereka yang menuduh dirinya terlibat dengan pengurusan perdagangan Forex.
Terdahulu, telah tular sebuah ciapan daripada seorang individu yang mendakwa Hafiz terlibat dengan perdagangan Forex yang membuatkan dia mampu berbelanja mewah untuk isterinya.
Haa ini dia jawapan dari tuan badan sendiri..
Baca : [VIDEO] Buat Kejutan Hari Guru, Hafiz Mahamad Hadiahkan Cikgu Tiket Umrah