Krisis yang berlaku di antara Mizz Nina dan Noh Salleh berkenaan dengan isu anak angkat dilihat menjadi tumpuan umum sejak kebelakangan ini sampaikan ada pihak lain didakwa cuba memberikan komen masing-masing.
Bekas penyanyi, Fynn Jamal tampil memberikan respon berkenaan dengan isu ini menerusi ruangan komen video temubual daripada Essam Muhammad.
Artikel berkaitan : “Itu bukan nama Musa” – Suami Mizz Nina Dedah Noh Beri Informasi Palsu Isu Nama Sebenar Musa
Artikel berkaitan : Noh Salleh Selamat Bernikah Dengan Athira Dalam Majlis Serba Ringkas
Fynn memberikan kata-kata yang seolah-olah ingin menyatakan bahawa dia tahu kisah sebenar di sebalik isu ini dan mesej yang disampaikan itu seperti bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh suami kepada Mizz Nina itu.
View this post on Instagram
“Diamlah kami tahu kebenarannya, Allah menyaksikannya.”
Kenyataan itu telah mengundang persoalan netizen dan ramai ternanti-nantikan cerita di sebalik isu ini.
Semalam, Noh Salleh hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk proses sulh, bagaimanapun Mizz Nina tidak hadir dan dia diwakilkan oleh suaminya Essam Muhammad.
Namun begitu, Mizz Nina dikatakan secara tiba-tiba telah menarik semula kes tersebut.
Sumber: Instagram