Nampaknya, ada lagi drama Melayu yang masih tidak serik membuat kesilapan apabila melakonkan babak berkaitan bidang perubatan.
Tular di media sosial mengenai sebuah drama bersiri yang berjudul ‘Di Sebalik Permata’ yang dimuat naik di laman TikTok, telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Salah satu episod drama terbabit, dipaparkan lakonan seorang lelaki dalam keadaan resah bertanya kepada jururawat yang sedang bertugas tentang lokasi wad kecemasan.
Artikel berkaitan: “Bukan krew yang pasang” – Pengarah Buka Mulut Lepas Ramai Gelakkan ‘Scene’ Hospital
Namun, jururawat terbabit memberi respon tidak mesra dengan meminta agar dirinya tidak diganggu ketika bekerja di kaunter berkenaan.
@disebalikpermata Episode 59 Di Sebalik Permata #Disebalikpermata #Hello2024 #dramatiktok #sembangentertainment #longervideo
“Encik, saya sedang bekerja. Tolong jangan ganggu,” – skrip jururawat terbabit.
Bukan itu saja, babak yang seterusnya dilihat tidak realistik apabila hospital membuat pengumuman menggunakan pembesar suara dalam hospital untuk memanggil kesemua doktor pakar untuk merawat pesakit ini.
Babak drama terbabit telah mendapat perhatian seorang doktor yang aktif di platform X, Dr Khairul Hafidz yang turut mengkritik skrip dan lakonan babak drama terbabit.
Menerusi ciapan Dr Khairul Hafidz, dia mempersoalkan skrip jururawat yang dilihat seolah-olah merendahkan taraf jururawat selain dialog yang didakwa tidak masuk akal.
Malah, babak kesemua pakar boleh dipanggil melalui satu pengumuman juga amat meragukan.
“Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Kabel 5G. Panggil pakar jantung nak buat apa? Buat angiogram ke?” katanya.
1. "Jangan ganggu kerja kami". Orang tu tanya mana wad kecemasan je pun. Nurse tengah buat kerja apa tu? Dialog yang merepek dan merendahkan staff nurse.
2. Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Kabel 5G. Panggil pakar jantung… https://t.co/bkyEwy3MLP
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) February 5, 2024
Selain itu, turut ditegur kesalahan kedudukan beberapa penggunaan alat pada pesakit yang tidak tepat dengan situasi.
Doktor bagaimanapun memaklumkan dia hanya boleh memberi teguran seolah-olah kecewa dengan drama Melayu apabila melakonkan babak dalam hospital.
Manalah netizen tak membandingkan drama tempatan dengan drama luar negara kalau skrip begini yang dipaparkan…
Sumber: X