Rasanya memang benar apa yang diperkatakan bahawa menu-menu zaman sekarang memang tak sihat yang sekaligus membuatkan ramai individu generasi kini mudah dapat penyakit kronik pada umur yang agak muda.
Boleh diperhatikan menu-menu viral yang kita lihat di media sosial, tidak dinafikan ada yang nampak menggiurkan tetapi jika diamati balik, jumlah kalori pasti sangatlah tinggi yang tak terjangkau dek akal, misalnya macam satu video yang tengah tular di media sosial, X ini.
Artikel Berkaitan : Kajian PPIM: Majoriti Minta Ban Alkohol, Karaoke & Penjualan Air Manis, Bukan Rokok & Vape Sahaja
Artikel Berkaitan : Balik Sekolah Je Teguk Air Gas, Remaja Umur 21 Tahun ‘Hilang’ Kaki Akibat Kencing Manis
Dalam video yang berdurasi 54 saat, satu akaun street food dari TikTok menunjukkan sebuah gerai minuman manis yang telah mencuri tumpuan netizen di X.
Ianya memperlihatkan cara dan resipi daripada seorang peniaga membancuh air jualannya iaitu coklat susu. Peniaga dilihat meletakkan serbuk koko ke dalam bekas besar sebelum meletakkan susu cair satu tin penuh ke dalamnya diikuti dengan beberapa tin susu pekat.
Jika diperhatikan dalam video tersebut, ia seperti lebih daripada 10 tin penuh susu pekat yang dituang ke dalam bekas itu sebelum digaul sampai menjadi satu bancuhan yang pekat likat.
Bancuhan itu kemudiannya diletakkan ke dalam tin susu pekat yang digunakan tadi dan diisi dengan penuh. Untuk dihidang kepada pelanggan, susu pekat dituang ke dalam cawan yang diisi penuh dengan ais sebelum bancuhan itu dituang ke dalam cawan. Memang dia letak penuh setin tu beb! Korang tengok ni.
Kuliner minuman utk anda yg bosen dgn kaki sendiri 🥰 pic.twitter.com/agqu6Dl0kp
— Ence (@ence_dwi) January 16, 2024
Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen tidak merasakan bahawa menu itu nampak menggiurkan, sebaliknya lebih menggerunkan lagi kerana bimbang ia boleh mengundang penyakit diabetes (kencing manis) jika ia diminum dengan kerap.
Bayangkan kita nak bancuh air malt coklat satu jug pun pakai berapa sudu je susu pekat tu, yang ni satu tin untuk satu gelas, min sendiri rasa kebas satu badan bila imagine kalau minum.
Sumber : X