in

“Dia wartawan hebat” – Ibu Yati, Wartawan Yang Berdepan 3 Pertuduhan Sebab Status FB Pasal Coronavirus Padahal…

Ibuyati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wartawan Wan Noor Hayati Wan Alias, atau di Facebook lebih dikenali sebagai Ibu Yati, 41 ini berdepan dengan tiga kes Mahkamah Majistret, semalam berikutan dengan status yang dimuat naik berhubung penularan wabak novel koronavirus (2019-nCov) yang boleh menyebabkan ketakutan  awam.

 

Seorang wartawan hebat.


Eqag8C2U8Aedrun

Berita tentang Ibu Yati ini telah mendapat perhatian warganet, tuduhan yang dikenakan itu menjadi pertikaiannya kerana sebagai seorang wartawan, sudah semestinya tahu kesahihan info dan apa yang dikatakan itu tidaklah menimbulkan fitnah.

Eqag8Yuu4Aalwwu

Lebih-lebih lagi Ibu Yati ini merupakan seorang wartawan yang pernah mendapat anugerah Kajai pada 2014, Tokoh Wartawan Rakyat 2017.

Menurut Khairul Azri,Ibu Yati ini bukan calang-calang wartawan. Dia telah membongkar isu penjualan MyKad, sindiket warganegara ekspres, isu Haji Ekpsres, isu ajaran sesat Arqam, isu militan Jemaah Islamiah, isu LTTE, dah lebih handal dia isu ancaman siber sehingga tertubuhnya mahkamah siber yg pertama di negara kita.

Beliau juga mempunyai 20 pengiktirafan lain dalam dunia kewartawanan.

Eqag8Okvaaauvbe  Eqag9Miuwaamu1A

Berikutan dengan kes yang dihadapi, ia dijelaskan Khairul Azri berhubung dengan kenyataannya di media sosial itu kerana tidak ada unsur-unsur fitnah.

 

Anehnya Wan Noor Hayati yang pernah berkhidmat di beberapa agensi media arus perdana sebelum ini telah berkata, polis sendiri tidak jelas kes terhadapnya kerana hantaran yang dilakukannya bukan artikel berita palsu.”

Eqag98Eu8Aa4Zq2

Bagaimanapun, 3 pertuduhan yang dikenakan itu kerana “ niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam”dibawah Seksyen 505 (b)Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 505 kanun sama.

Eqag P Vaaadsuu 1

Namun begitu, Ibu Yati mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan kepadanya oleh Majistret Tawfiq Affandy Chin.

 

Baca : “Orang tengah cemas, ambil kesempatan pulak”- Dua Farmasi Jual Topeng Muka Mahal Masa Rakyat Risau Wabak Coronavirus

Sapu Air Liur

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.