in

“Dia tukarkan lampin, lapkan badan” – Remaja 12 Tahun Jaga Ibu Kena Strok Di Hospital Undang Sebak

Ft Adik Iman Jaga Ibu Strok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saat rakan seusianya dijaga rapi oleh ibu, lain pula anak 12 usia tahun yang dikenali adik Iman ini. Sebaliknya, adik Iman ini telah menggalas satu tanggungjawab besar yang menjanjikan syurga buat dirinya di mana dia menjaga ibunya yang menghidap strok di hospital.

Ketaatannya dalam menjaga ibunya itu dirakam oleh seorang pengguna TikTok yang dimasukkan ke dalam wad dan ditempatkan berdekatan dengan katil ibu adik Iman.


Artikel berkaitan : Sanggup ‘Resign’ Sebab Jaga Ibu Sakit, Kisah Pengorbanan Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan : Sebak Pelajar Cemerlang Mahu Berhenti Sekolah Jaga Ibu Sakit, Founder Spa Nak Ambil Jadi Anak Angkat

Kata wanita yang dikenali sebagai Asni ini, adik Iman merupakan seorang anak tunggal dan dia melihat adik Iman begitu rajin menjaga ibunya sepanjang Asni berada di wad tersebut.

“Tak duduk diam dia untuk memastikan keadaan ibu dia betul-betul selesa. Dia yang akan tukarkan pampers ibu dia..lap kan badan ibu dia..Dia buat seorang diri tanpa ada bantuan dari sesiapa.”

Jelas Asni lagi, ibu Iman merupakan seorang ibu tunggal dan dia hanya ada Iman sahaja dan disebabkan itu, doktor tidak pasti jika penjelasannya tentang keadaan ibu boleh difahami Iman kerana remaja itu baru sahaja berusia 12 tahun.

“Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak seawal 12 tahun.”

@norasni31

bila mana depan katil KO seorang pesakit strok.. dan penjaga seorang budak 12 tahun..makan minum tido kat lantai .Allahu kecian tgkk😭#fypviralシ #tiktokviral #beranda #terengganu#sedih #hospital #foryourepage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Astro Ceria – Astro Ceria

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen sebak melihat kesungguhan dan ketekunan adik Iman, malah ada netizen mahu berjumpa adik Iman untuk hulurkan bantuan disamping ada yang menyamakan adik Iman ini dengan Uwais Al Qarni.

Adik Iman Adik Iman 2

Ada netizen mengatakan bahawa ibu Iman sudah pulang ke rumah dan Iman dah kembali ke sekolah kerana adik beradik ibunya ambil giliran menjaganya, semoga adik Iman berjaya di dunia dan akhirat, kita yang dah dewasa ni belum tentu boleh jadi secekal dia.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.