in

“Dia tiup doa” – SRK Dituduh Ludah Mayat Lata Mangeshkar, Ini Sebenarnya Yang Berlaku…

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang ramai tahu, pada Ahad lalu penyanyi lagenda bersuara emas Lata Mangeshkar telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di usia 92 tahun.

Lagenda yang digelar ‘Queen of Melody’ ini telah pun menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan sebanyak lebih 50,000 lagu sepanjang hayatnya. Malah ramai di antara kita yang membesar dengan lagu-lagu nyanyiannya.


Lata

Ketika upacara penghormatan terakhir mendiang, pelakon popular Shah Rukh Khan turut hadir ke acara pengebumiannya itu namun ada pula cerita yang tak sedap didengar!

Segelintir netizen telah menuduh pelakon ini meludah mayat Lata Mangeshkar ketika menghadiri pengebumian ini namun tuduhan ini telah disangkal oleh ahli politik Sanjay Raut yang menyifatkan perkara ini sebagai fitnah.

Sangat memalukan. Sesetengah individu sengaja mengecam Shah Rukh Khan untuk tujuan politik dan unsur agama walaupun negara sedang bersedih dengan pemergian Lata. Kami tahu siapa pihak tersebut, tak perlu untuk didedahkan.”

Menurut Hindustan Times, Shah Rukh Kan telah hadir ke pengebumian Lata bersama pengurusnya Pooja Dadlani. Ketika upacara tersebut, pelakon ini telah menadah tangan untuk membacakan doa dan selepas itu Shah Rukh Khan telah meniup doa yang dibacakan itu ke atas Lata.

srk1

Tindakannya itu telah disalah erti oleh segelintir pihak yang menganggap Shah Rukh Khan telah meludah wajah penyanyi kesayangan ramai itu.

srk

Ketika memberi penghormatan terakhirnya, Shah Rukh Khan turut memberi bunga serta menyentuh kaki mendiang sebagai tanda hormat

Ekoran tuduhan ini, ramai peminat-peminat pelakon ini telah tampil untuk mempertahankannya.

Alahai sampai ke situ dorang ni fikir sebab nak fitnah orang punya pasal. Motif sangat SRK nak ludah dekat depan-depan orang ramai.

 

Baca: Pinjamkan Suara Untuk Lebih 50,000 Lagu, Ini 7 Fakta Mengenai Lata Mangeshkar Tak Ramai Tahu

Screenshot 2022 02 09 at 3.12.31 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.