in

“Dia tidak mengiyakan atau menidakkan” – Terpalit Isu Penyondol, Pengurus Bekas Isteri Virgoun Tampil Beri Respon

ft inara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan kekecohan namanya terpalit dengan kes hubungan intim dengan lelaki yang berstatus suami orang, penyanyi dan pempengaruh Indonesia, Inara Rusli tampil membuat permohonan maaf.

Perkara itu dikongsikan oleh pengurusnya, Karina Putri yang mendedahkan permohonan maaf itu dibuat kepadanya kerana terpalit dalam kontroversi yang berlaku.


Artikel berkaitan : “Maaf ibu, saya nakal” – Virgoun Dakwa Ambil Syabu Untuk Kurus

Artikel berkaitan : Rumah Tangga Hancur Sebab Zina, Virgoun Ditahan Polis Kerana Dadah Pula

Tidak mengiyakan atau menidakkan

Screenshot 2025 11 25 112210

Bagaimanapun, Karina menjelaskan yang permohonan maaf tersebut bukanlah bermaksud yang dia mengaku menjadi perosak rumah tangga orang lain, namun hanya sekadar permohonan maaf kerana terpalit isu sahaja.

“Dia minta maaf kepada saya. Maaf itu kerana ada berita yang tersebut. Dia tidak mengiyakan atau manidakkan perkara tersebut. Jadi dia minta maaf kerana telah mengganggu urusan kerja.”

Screenshot 2025 11 25 112151

Sebelum ini, kecoh di media sosial selepas seorang pempengaruh bernama Wardatina Mawa ada membuat laporan polis dengan mendakwa bekas isteri kepada penyanyi Virgoun itu ada menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya iaitu Insanul Fahmi.

Di samping itu, Mawa juga mengatakan yang dia ada bukti kukuh termasuklah rakaman CCTV yang menunjukkan suaminya itu berzina dengan Inara.

Sumber : mstar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.