Siapa je lah tak suka makan lauk daging salai kan? Bayangkan kalau di buat masak lemak mesti sedap, apatah lagi kalau dibuat nasi goreng. Tapi mesti mahal kan? Yelah sebab pakai daging salai tu.
Menerusi Twitter @Ashril_92, si food hunter ni ada jumpa satu tempat makan Nasi Goreng Daging Salai yang dijual dengan harga RM 6 sahaja untuk sepinggan!
Dengkil Heritage..Leka aku tengok atuk ni goreng nasi”
https://twitter.com/Ashril_92/status/1176037062413172737?s=20
Kalau nak kata nasi goreng tu, merata-rata kita boleh jumpa, tapi apa yang special dekat kedai nasi goreng Dengkil heritage ni, mereka menggunakan daging salai.
Daging yang digunakan merupakan daging dari lauk masak lemak, bukan itu sahaja, ada juga nasi goreng ayam salai. Selain daripada harganya cuma RM 6 sepinggan, boleh dapat air free!
Selain nasi goreng, kat sini juga ada sediakan lauk masak lemak cili api tau! Kalau daging salai RM 6, Itik salai RM 7 dan Ikan Jenahak RM 12!
Waktu operasi 7am – 4pm
Lokasi kedai ini terletak di Dengkil Heritage, Kg Dato Ahmad Razali, Dengkil, Selangor! Bila dilihat video ni memang terliur juga lah dibuatnya.
Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Oh ya, kalau kat sini siapa yang hantu pedas, korang boleh request dekat mereka extra pedas tau! Tapi ingat, jangan makan pedas banyak sangat!
Jangan kata netizen, admin sendiri terliur bila tengok ni. Ok, Sabtu ni nak pergi serbu.
Baca : “Xleh move on dengan kesedapan dia”- Senang Gila Nak Buat Ayam Masak Thai Untuk Berbuka Ni!