Biarpun umurnya kini dah 61 tahun, lelaki yang bekerja sebagai petani dari Indonesia ini menjadi dambaan ramai wanita kerana telah berkahwin selama 87 kali. Pernikahan pertamanya ketika berumur 14 tahun.
Dia bernikah dengan seorang gadis dari Sumedang yang pada waktu itu berusia 16 tahun, bagaimanapun tempoh ikatan itu hanya bertahan selama 2 tahun sebelum bercerai.
Tuntut ilmu sejak bercerai
Penceraian itu dikatakan berpunca daripada isterinya yang meminta perpisahan kerana sikapnya yang kurang baik.
“Yang pertama ini sempat mau punya anak, tapi keguguran. Yang pertama ini usia pernikahan saya 2 tahun.”
Bakal kembali dengan bekas isteri
Ekoran dengan kegagalan dalam pernikahannya itu, lelaki yang dikenali sebagai Kaan ini jadi bengang dan ‘tuntut ilmu’ untuk menggoda ramai gadis yang dia suka.
“Saya punya latar belakang birahi(nafsu) yang tinggi, tapi saya mau dengan perempuan yang sah. Sehingga saya nikahin perempuan yang saya kenal. Saya tidak mau memainkan perasaan perempuan, apalagi anak orang. Dari pada kita jajan di jalan, mending (lebih baik) saya nikah.”
Memetik laporan Tribun, Kaan kini sedang dalam perancangan untuk berkahwin kali ke-88. Dia dikatakan akan merujuk dengan bekas isterinya yang ke 86 sebelum ini kerana katanya, bekas isterinya itu masih mencintainya.
“Karena selama ini, dia masih tergila-gila dengan saya, dulu usia pernikahannya cuma satu bulan.”
“Jadi karena saya punya prinsip gak boleh mempermainkan perempuan yang diajarkan orangtua saya, jadi rencana akan balik lagi dengan dia.”
Susah tidur sebab terlalu fikir perempuan
Disebabkan kekerapannya kahwin dan cerai, Kaan mengaku hidupnya jadi tak keruan, dia susah makan dan tidur kerana terlalu memikirkan wanita.
“Saya jadi susah makan, susah tidur karena perbuatan saya ini, makanya ini lah contoh perbuatan yang tidak baik.”
Bagaimanapun, Kaan menasihati orang ramai agar tidak terlalu terikut-ikut sikapnya yang sering bertukar isteri.
“Saya mohon jangan ada orang-orang di luar sana yang seperti saya. Jadi begini hanya cerita pengalaman hidup saya, biar jadi pelajaran saja.”
Ada 7 orang anak
Hasil pernikahannya yang bersilih ganti, Kaan dikurniakan 7 orang anak yang membawa haluan masing-masing. Ada yang masih tinggal di kampung yang sama dan ada juga yang pindah ke luar kawasan.
“Saya punya anak 7 dari semua pernikahan saya. Anak-anak saya ada yang di sini ada, di Kalimantan ada. Sampai sekarang juga masih bersilaturahmi baik dengan mereka.”
Lapor sumber, biarpun sering bertukar isteri dan sedar perbuatannya itu tak elok, Kaan dikatakan seorang ayah yang bertanggungjawab dengan anak-anak.
“Saya punya prinsip, meski saya gak benar gak baik, tapi kalau untuk anak, saya harus baik.”
Disebabkan kisahnya jadi tular, ramai netizen yang menggelarkan dirinya ‘Raja Playboy’ dan ada yang berseloroh mahu minta tips.