Nampaknya video kes buli adik Rizal yang berumur 12 tahun dari Indonesia ini telah mendapat perhatian netizen kita. Ramai yang marah dan sedih melihat nasib adik Rizal.
Makin sebak rasanya bila dapat tahu siapa adik Rizal ini, rupa-rupanya dia berniaga satu makanan yang dikenali sebagai pastel untuk bantu ibu nak tampung keluarga dan beli lampin adiknya yang masih kecil.
Menurut ibunya, adik Rizal ini adalah anaknya yang sangat memberi perhatian terhadap ibunya. Menerusi Tribun, ibunya menjelaskan bahawa dia telah melakukan perniagaan itu selama setahun.
Untung jualan sehari RM 2.93 sen
Wang yang dia dapat akan buat untuk bantu beli lampin anaknya, tapi sedih betul apabila ibunya cerita masa hari dia dibuli tu dia balik rumah dia cuma cium adiknya dan minta maaf hari tersebut dia tak dpaat nak belikan lampin.
Dengan jumlah sehari Rp 10 ribu (Rm 2.93 sen), setengah hasil jualan akan diberikan kepada ibu untuk belikan lampin adik, dan setengah lagi akan dibuat belanja sekolah.
Kata ibunya yang dikenali sebagai Dahlia ini lagi, dia pernah melarang Rizal untuk berniaga tetapi dia akan menagis, ini kerana ibunya pernah mendapat khabar sebelum ini yang dia dibuli.
Tapi jika dilarang dia akan senyap-senyap keluar untuk berniaga.
Tak nak mengaku dekat ibu kena buli
Pada mulanya Rizal tak nak mengaku pasal masalah yang dia hadapi ini kerana tak nak ibu dia jadi bimbang. Malah dia asyik berdallih apabila ditanya pasal hal luka.
“Semalam dia balik terus pergi cium asiknya. Minta maaf sebab tak dapat nak carikan duit beli lampin”
Ibunya jadi terkejut, bila ditanya dia tak boleh jawab, bagaimanapun ia mula diketahui apabila khabar tular berita itu oleh jirannya.
Alah sedihnya, apapun budak-budak yang buli tu pun dah kena tangkap dah pun.
Baca : [VIDEO] Budak Jual Makanan Kena Buli Dengan Orang Naik Moto Buat Ramai Orang Menyirap Bila Tonton