in

“Dia seperti nak saya jatuh” – Noraniza Idris ‘Memberontak’ Lepas Dikritik Michael Ang

Gadih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut pertikaman lidah antara penyanyi terkenal yang juga peserta Gegar Vaganza 7 (GV7), Noraniza Idris dengan pengarah drama, Michael Ang nampaknya kian menjadi-jadi.

Kalau semalam ada yang tidak puas hati dan ajak bertemu, hari ini pula Ratu Etnik Kreatif berkenaan mengakui dia mula ‘memberontak’ selepas kritikan pedas Michael terhadap persembahannya di pentas separuh akhir GV7 lepas memberi kesan kepada emosi keluarga, lapor Harian Metro.


Screenshot 2020 10 12 At 7.20.46 Am 780X470 1

Menurutnya lagi, pada awalnya pelantun lagu Dikir Puteri ini memang tak mahu bersuara tetapi apabila kritikan itu membuat keluarga menangis, dia ambil keputusan untuk bertindak.

“Saya masih waras dan jarang melenting kalau benda yang menjadi isu, tidak berasas. Selama ini saya tidak bersuara, tapi selepas persembahan di pentas separuh akhir GV7 kelmarin, keluarga saya menghubungi saya dan ada yang menangis kerana terbaca kritikan Michael Ang.

“Jadi, apabila sudah mengguris hati keluarga, saya perlu bersuara dan kalau boleh saya nak bersua muka dengannya,” katanya.

 

Sertai GV7 untuk naikkan Irama Malaysia tapi… 

Noraniza juga berkata, dia ingin bertanya dan menimba ilmu daripada pengarah tersebut bagaimana untuk menaikkan Irama Malaysia di mata dunia.

Matlamat saya apabila menyertai GV7 adalah untuk menaikkan semula Irama Malaysia dan membawanya ke pentas komersial.

“Tapi, dia nampaknya seperti nak saya jatuh. Jadi, saya nak berjumpa dengannya dan bertanya kalau-kalau dia ada idea terbaik untuk menaikkan Irama Malaysia. Mungkin dia ada idea bernas serta tips,” katanya.

Mike

Bila ditanya sama ada dia tidak boleh menerima kritikan, Noraniza menafikannya dan mengatakan Michael tidak menggunakan perkataan yang sesuai ketika memberi kritikan.

“Dia sebagai orang yang berpengaruh rasanya boleh menulis komen secara lebih berhemah. Komen-komennya umpama membuka ruang buat netizen lain untuk mengecam dan menjatuhkan orang,” jelasnya.

 

Komen ‘mualaf’ tiada niat pertikai keislaman Michael 

Mengenai isu perkataan ‘mualaf’ yang digunakannya dalam satu status di akaun Facebook miliknya, Noraniza menjelaskan bahawa perkataan itu bermaksud orang dari agama lain yang memeluk Islam dan dia tidak ada niat mempertikaikan keislaman Michael.

Akar

Noraniza juga sudah mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusannya untuk mengatur pertemuannya dengan Michael, namun masih belum ada sebarang jawapan.

Harap-harap isu ini tidaklah berlanjutan lagi dan masing-masing berbaik semula. 

Baca: “Orang mcm kau ni la yg membuat org luar sana takut dgn Islam!” – Michael Ang ‘Sound’ Peminat Kak Ani Kutuk Masuk Islam Sebab Nak Populariti

Mikeal

Sumber: Kopiplanet
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.