in

“Dia sempat naik tak?” – Wanita Berbaju Kurung Jadi Perhatian Netizen, Berlari Tak Cukup Tanah Naik MRT

1bk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk ke tempat kerja, ada dalam kalangan kita yang memilih untuk berkenderaan sendiri dan tak kurang juga yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam.

Tular di media sosial, satu video pengguna MRT berlari berkejaran untuk menukar tren sebelum pintu ditutup. Yang menarik perhatian netizen adalah seorang wanita berbaju kurung yang memecut ke arah pintu gerabak MRT. Korang boleh tengok video yang dimuatnaik oleh @payott di bawah.


 

Dia sempat naik tak?

Kalau tengok video tu, tak pasti berapa ramai orang yang sempat naik tren lagi satu sebelum pintu ditutup. Akak baju kurung tu pun min tak pasti dia sempat ke tak.

Screenshot 2022 12 17 at 11.37.52 AMItulah, min tengok akak tu lari laju betul. Kalau masuk acara pecut 100 meter mungkin boleh menang. Nak jadi wakil negeri susah, jadi wakil company mungkin boleh. 

Screenshot 2022 12 17 at 11.38.09 AMBetis boleh jadi sado tau kalau naik public transport setiap hari. Nak berjalan dari stesen ke pejabat pun jauh. Tu belum kira kena naik tangga lagi. 

Screenshot 2022 12 17 at 11.38.39 AMPatut lah min perasan kawan-kawan pejabat yang naik public transport semua pakai kasut macam running shoes tu. Selesa untuk menapak jauh dan penting kalau-kalau kena lari. 

Screenshot 2022 12 17 at 11.40.04 AMHarap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke boleh campur tangan untuk pastikan tren tunggu sekejap di stesen pertukaran. Kesian rakyat Malaysia terpaksa lari pecut sebab nak kejar tren. 

 

Baca: Anthony Loke Sekali Lagi ‘Undercover’, Kali Ini Pantau Perkhidmatan Komuter Pula

Screenshot 2022 12 17 at 11.43.44 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.