Pelawak senior yang juga ahli kumpulan Senario iaitu Azlee berkongsi keadaan terkini mengenai rakan baiknya iaitu Yassin Yahya.
Menurut Azlee atau nama lengkapnya Muhammad Azlee Jaafar berkata, Yassin pada ketika ini berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera.
Jelasnya, dia menerima perkhabaran itu daripada isteri Yassin yang memaklumkan pelawak, pelakon dan penyanyi terbabit kini berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak dapat menghubungi Yassin, tetapi isteri dia beritahu Yassin berada dalam keadaan sihat. Doakan yang baik-baik buat Yassin.
“Tunggu khabar gembira beberapa minggu lagi, kita akan bersama dengan dia. Doakan semoga dia akan bersama dengan kami,” ujarnya.
Artikel berkaitan: “Hukuman dah dijatuhkan” – Pelawak Popular Ditahan Di Jeddah Dipenjara 6 Bulan
Artikel berkaitan: “Semua ada!” – Orang Ramai Excited Tengok Senario Kembali Dengan Semua Ahli
Azlee yang enggan mengulas mengenai keberadaan Yassin bagaimanapun meluahkan rasa cemburu kerana adik bongsu dalam Senario itu berada di tempat yang lebih baik.
“Saya sedih sebab kita akan berpuasa di sini, tetapi dia berpuasa ‘di sana’. Beruntung dia kerana itu salah satu rahmat juga.
“Dia pun sedang menambah ilmu, ilmu Allah ini banyak yang perlu kita tambah. Jadi dia sedang menuntut ilmu, mana tahu nanti dia pulang, dia ajar kita pula.”
Terdahulu, ketiadaan Yassin dalam banyak acara melibatkan kumpulan Senario telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Antaranya, namanya dikaitkan dengan berita mengenai penahanan seorang pelawak di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan memiliki bahan terlarang sejak Oktober tahun lalu.
Media turut melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu namun berkemungkinan dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
Sumber: Sinar Harian