in

“Dia pun dahaga jugak”- Ramai Terhibur Lihat Gelagat Orang Utan Selongkar Peti Ais Dan Ambil Minuman

Orang Utan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuaca panas di Malaysia kini nampaknya bukan hanya memberi kesan kepada manusia, malah turut memberi impak kepada haiwan. Mungkin disebabkan cuaca panaslah yang menyebabkan seekor orang utan baru-baru ini menyelongkar peti sejuk untuk mencari minuman.

Gelagat orang utan tersebut membuka peti sejuk dan mencari minuman telah menjadi tular setelah video tersebut dikongsikan di Facebook oleh Arthur Chung baru-baru ini.


Video gelagat haiwan itu kemudiannya dikongsikan semula di platform X oleh BFM.

Artikel Berkaitan: Guna Tumbuhan, Orang Utan Sumatera Rawat Luka Pada Muka Sendiri

Artikel Berkaitan: Zoo Negara Kongsi Cara Berus Gigi Badak Air, Ramai Netizen Terhibur!

Difahamkan, orang utan itu merupakan orang utan yang tinggal di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, Sabah.

Orang utan tersebut telah ‘meyelongkar’ peti sejuk yang ada di kafe Keruing di dalam pusat RDC tersebut.

Dapat dilihat dalam video yang berdurasi selama 29 saat itu bahawa haiwan tersebut telah berada di hadapan peti sejuk yang berisi pelbagai jenis minuman dalam tin dan botol.

Selepas dia dilihat seakan membuat pilihan, dia kemudiannya membawa pergi beberapa barang yang telah diambil dari peti sejuk berkenaan.

Berdasarkan komen netizen, rata-rata warganet yang melihat video itu berasa terhibur dengan gelagat haiwan berkenaan yang pintar.

Ada juga yang bergurau bahawa orang utan itu tidak membayar harga minuman yang diambilnya.

Orang utan pun dahaga musim-musim panas ni, ia pun nak sejukkan tekak jugak.

Sumber: Facebook Arthur Chung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.