in

“Dia pikir hasil test negatif ertinya bebas tak pakai mask?” – Rakyat Indonesia Bengang Dengan Foreigner, Ambil Ringan Bab Pakai Mask

Covidiot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di mana-mana negara sekarang, jumlah kes COVID 19 semakin meningkat dan tiada tanda-tanda bahawa ia akan turun dalam masa yang terdekat.

Jadi ia sangat penting bagi setiap anggota dalam masyarakat untuk bersatu dalam mengekang penularan wabak ini dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai mask dan juga mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan negara masing-masing. 


Walau bagaimanapun, yang jadi tak bestnya bila rakyat di satu negara tersebut bersungguh-sungguh mengamalkan SOP tetapi rakyat negara lain yang tinggal di negara tersebut pulak buat hal. Haish apa punya perangai! 

Menerusi perkongsian netizen Indonesia di Twitter, viral video seorang ‘mat salleh’ tidak mahu memakai mask di dalam tren di Indonesia.

Menurut netizen terbabit, ‘mat salleh’ tu fikir selepas ujian test COVID 19 didapati negatif, dia bebas keluar ke mana-mana tanpa memakai sebarang mask lagi. Apa punya jenis pemikiran ni?? 

Namun menurut video di atas, selepas dipaksa pihak berkuasa, ‘mat salleh’ terbabit akhirnya akur dan memakai mask di atas tren. Aduhai buat masalah je kan? 

 

Pakai mask tapi kat bawah dagu pulak

Satu lagi video perkongsian netizen tersebut pula menunjukkan seorang lelaki warga Chile di Indonesia ini yang memakai mask tetapi dia memakai pelitup itu di paras dagu pula.

Apa gunanya pakai mask kalau tak pakai betul-betul kan? 

Disebabkan kesalahannya yang tidak memakai pelitup muka betul-betul, lelaki tersebut diarahkan denda menyapu di jalan raya.

Namun apa yang lebih menyakitkan hati warga Indonesia ialah warga Chile itu masih tidak mahu memakai mask dengan betul dan berkata kerana,

“Sebab saya tidak percaya COVID, Corona ialah beer.” 

Apa-apapun bagi admin, kalau kita berada di negara lain, sebolehnya ikutlah peraturan di sana. Janganlah tunjuk pandai tambah-tambah bab COVID 19 ni. Kerana nila setitik, habis susu sebelanga. 

Baca: “Kasian jenazah terlantar” – Penggali Kubur di Indonesia Luah Rasa Penat, Terpaksa Gali Kubur Dari 7 Pagi Sampai 10 Malam Tanpa Henti

Lobang Gak Ada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.