in

“Dia lebih tertutup dari saya” – Maryam DurianKimchi Cerita Detik Ibu Tertarik Dengan Islam

Ibu Maryam Duriankimchi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidayah itu sememangnya milik Allah SWT, perkongsian cerita hijrah mana-mana individu sememangnya membuatkan kita sebagai orang Islam terharu dalam kata yang tidak dapat digambarkan.

Terbaru, personaliti media sosial terkenal, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam DurianKimchi berkongsi detik-detik ketika ibunya menunjukkan minat terhadap agama Islam.


Menurut portal Gempak, ibunya yang berasal dari Korea Selatan itu menunjukkan minatnya dalam agama Islam, dia sempat mengenakan hijab serta pergi ke masjid dalam lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

“Ibu sedang belajar mengenai Islam, kami hanya menyokong dan tak pernah memaksa. Bila ramai yang berikan komen positif, saya dapat lihat betapa sayangnya Allah pada kita.

Dia juga sudah mengelak untuk makan daging khinzir dan kini sudah memakai pakaian yang lebih tertutup daripada saya. 

Saya tak sangka dia nak bawak balik telekung ke Korea, saya pernah bawa ibu ke masjid dan dia minta untuk ajarkan cara solat,” katanya.

Pun begitu, Maryam mengakui perkara ini sangat sukar untuknya jelaskan dan dia juga memberitahu ibunya masih belum mengucapkan kalimah syahadah.

Selain itu, isteri kepada Ryzal itu juga berkongsi ibunya selesa berada di Malaysia dan berhasrat untuk menetap di sini.

“Ibu datang ke Malaysia selama dua minggu, selepas pulang dia telefon dan bagitahu seperti mahu pindah rumah ke Malaysia. Dia sangat puas hati di sini. 

Lebih-lebih lagi, dia tengok orang Malaysia ini sangat tenang dan gembira. Budaya di Korea, mereka lebih selesa meluangkan masa bersama kawan-kawan berbanding keluarga,” katanya.

Maryam tidak membantah hasrat ibunya itu dan memberitahu dia akan sentiasa menyokong apa sahaja keputusan ibunya.

Baca: “Ramai ingat tudung ni satu paksaan” –  Maryam ‘DurianKimchi’ Kongsi Kisah Berhijrah

Maryam Durian Kimchi Bertudung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.