in

“Dia layan bini cukup baik” – [VIDEO] Rakan Dedah Perangai ‘Sebenar’ Suspek Kes Bunuh Isteri & Anak

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kita semua dikejutkan dengan insiden menyayat hati di mana seorang lelaki telah mengelar leher isteri dan anaknya di rumah mereka di Johor.

Ekoran insiden ini, ada beberapa dakwaan mengatakan bahawa lelaki tersebut berbuat demikian disebabkan oleh pengaruh dadah namun disangkal selepas pemeriksaan air kencing mendapati lelaki ini bebas dari pengambilan bahan terlarang.


Namun begitu, ramai orang tertanya-tanya apa yang membuatkan lelaki ini bertindak sedemikian sehingga tergamak mengelar isteri dan anaknya yang baru berusia tiga bulan.

Tambah lagi apabila keluarga rapat serta jiran-jiran turut menceritakan bahawa lelaki ini tidak pernah buat masalah dan tak pernah kacau orang.

“Dia layan bini cukup baik”

Malah baru-baru ini, seorang rakan rapat kepada suspek telah pun memuat naik video di TikTok menceritakan tentang sikap lelaki tersebut dan meluahkan rasa terkejut dengan insiden yang berlaku.

Menurut @dakayepp, ketika dia dapat tahu mengenai insiden ini dia sampai terduduk dan tak percaya kerana selama dia mengenali rakannya itu, dia merupakan seorang yang baik dan penyayang.

Dia bukan orang yang panas baran, dia seorang yang pendiam dan peramah. Dia tak boleh tengok orang susah.

Sedangkan depan mata aku sendiri aku tengok dia layan bini dia macam mana. Dia seorang yang caring.”

Rakan suspek ini juga turut mengatakan yang dia tak tahu kenapa lelaki itu boleh bertindak sedemikian dan merasakan insiden tersebut berlaku akibat tekanan hidup.

@dakayepp

05:45 pagi . Aku akan berkongsikan cerita seorang Amir Nazrin 😌 #foryou #foryoupage #fyp #dakyep #celahbedah #potongcorner

♬ original sound – Dakyep – Yep Dokkk

Ini semua pasal depression. Jangan ingat orang diam dia tak ada masalah.”

Bukan itu sahaja, lelaki ini turut katakan ketika dia bertemu dengan suspek dan mangsa beberapa bulan lalu, dia turut lihat sendiri layanan lelaki tersebut ke atas isterinya.

Bini dia sarat mengandung. Dia layan bini dia cukup baik. Kau bayangkan dia nak hantar aku balik dia berhenti kejap tepi jalan bila bini dia sakit-sakit.”

Selain itu, suspek juga sering memberikan nasihat kepada orang-orang yang rapat dengannya serta kata-kata semangat bila orang lain dalam kesusahan.

Lelaki yang memuat naik video ini juga turut meminta agar orang ramai hentikan spekulasi dan fitnah-fitnah buruk ke atas suspek.

Allahu, memang sebak…

 

Baca: “Dia sebaik-baik manusia” – Jiran Dakwa Suspek Kelar Isteri Sempat Belanja Orang Kampung Sarapan

Ft Jiran Trauma Tengok Lelaki Kelar Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.