in

“Dia lahir dari rahim saya” – Anak Tergamak Report Polis Pasal Ibu Hanya Disebabkan Bengang Pinjam Motor

Ibumotor2

Nasib pilu yang dialami oleh seorang ibu bernama Kalsum ini apabila anak lelakinya sendiri berhasrat nak penjarakannya. Wanita berusia 60 tahun itu hanya mampu menangis saat anak kandungnya yang berumur 40 tahun itu buat laporan polis terhadapnya.

Kalsum tak menyangka yang anak kandungnya itu tergamak bertindak sedemikian hanya kerana motosikal, malah anaknya juga berniat untuk penjarakan Kalsum gara-gara beri pinjam motor itu kepada saudaranya.

 

Bengang ibu pinjam motor

Disebabkan laporan dibuat, Kalsum menceritakan hal motor yang diperbesarkan itu dibeli pakai duit hasil si anak jual harta pusaka suaminya. Mereka sekeluarga telah meraih Rp 200 juta (RM 6,394.54).

Menurut Tribunnews, anaknya menerima wang tunai bernilai Rp 200 juta (RM 4,831.56) daripada pendapatan tersebut dan wang itu dibuat untuk beli motosikal.

Ibunya ada pinjamkan motosikal itu kepada saudaranya dan dia tak boleh terima dan marah sehinggakan sanggup buat laporan polis dengan alasan dia ada hak pasal motor tersebut.

Bagaimanapun, polis terpaksa menolak laporan itu kerana diangap laporan yang tak sahih.

“Motor itu saya beli dari bagian uang warisan 15 juta, sebenarnya ada Rp 200 juta hasil penjualan, tapi M membawa uang warisan tersebut entah ke mana,” kata Kalsum.

Sedih dengan tindakan anaknya yang tergamak nak ‘humban’ ibunya sendiri ke penjara,, Kalsum mengaku hubungannya dengan anak memang tegang. Katanya, selama ini ia memang sering berlaku kasar, malah pernah cuba dihalau dari rumah.

 

Alasan anak ada hak 

Wanita itu berkata selama ini dia memang sering diperlakukan kasar, bahkan sempat diusir dari rumah.

“Dia sering katain saya kotor, ditonjok pernah, dia juga sering menyuruh saya pergi (diusir)” kata Kalsum dengan meneteskan air mata.

Katanya lagi, walaupun dilayan teruk oleh anak sendiri, dia tak pernah benci anaknya sendiri malah siap berdoa agar anaknya itu berubah jadi lebih baik..

“Perasaan sedih, dia anak kandung saya, keluar dari rahim saya, bukan anak tiri, hati saya merasa sedih,” 

Pihak polis menyarankan untuik mereka runding sesama sendiri kerana ia lebih kepada masalah keluarga yang bermula daripada harta peninggalan suaminya.

“Si anak (pelapor) menjual tanah bapaknya Rp 200 juta, ibu nya dikasih Rp 15 juta, kemudian belilah motor ibunya. Kemudian motor itu dia pakai sama saudaranya, si anak keberatan,” kata polis.

 

Baca : Ibu Saman Sekolah RM2 Juta Lepas Anak Dibuli Sehingga Trauma

Buli