Kecoh sejak malam tadi Bella Astillah secara terbuka mendedahkan kecurangan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.
Bella juga memaklumkan bahawa Aliff pernah menyuarakan hasrat untuk bercerai secara baik pada sekitar Februari lalu.
Menurut laporan, dia mengakui terkejut dengan permintaan suaminya kerana ketika itu rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.
Artikel berkaitan: Warganet Banjiri Ruang Komen Di IG Lepas Gambar-gambar Lama Bella Astillah & Ruhainies Tular
Artikel berkaitan: Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai, Tak Letak Syarat Kalau Aliff Aziz Nak Jumpa Anak
“Pada 14 Februari, Aliff meluahkan hasrat untuk bercerai sebab dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.
“Masa itu saya pelik kenapa tiba-tiba hendak cerai? Tiada angin, tiada ribut tapi Aliff kata Allah yang bagi perasaan itu,” katanya.
Tak tahu lagi kewujudan Ruhainies
Disebabkan rasa sayangnya terhadap Aliff, Bella merendahkan ego memujuk suaminya untuk menarik balik hasrat bercerai demi anak-anak.
“Masa itu saya tak tahu lagi tentang kewujudan Ruhainies, jadi saya merayu supaya dia kasihankan anak-anak.
“Saya pujuk Aliff sampai siap hantar video tapi dia kata sudah tak rasa apa-apa.
“Dia beritahu nak cerai pada 31 Mac iaitu selepas selesai penggambaran drama. Sekarang saya tahu semua ini rancangan Ruhainies,” katanya lagi.
@mediahiburanofficial Bella Astillah tak nafikan dia rasa pelik sebab tiada angin, tiada ribut… suaminya Aliff Aziz mahu cerai secara tiba-tiba ketika itu. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Dia juga melakukan solat sunat Istikharah bagi mencari jawapan sepanjang tempoh menunggu itu sebelum Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies.
“Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat.
“Inilah juga sebab dia tidak pulang ke rumah dan mahu bercerai.” katanya.
Difahamkan, 4 April (hari ini) adalah hari sebutan semula kes penceraian Bella dan Aliff Aziz.
Sumber: mStar