Koordinator Global Sumud Flotilla (GSF), Sumeyra Akdeniz Ordu memuji Malaysia sebagai sebuah negara luar biasa kerana ketegasannya menentang rejim Israel serta komitmen padu dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Beliau turut menyanjung semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat dan kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan isu kemanusiaan global, khususnya berkaitan Palestin.
Artikel berkaitan: “Semua setuju kita balik diam-diam” – Musa Nuwayri Terkilan Sambutan Kepulangan Ahli GSF Dianggap Mahu Raih Populariti
Artikel berkaitan: “Biar mereka faham sejak kecil” – Heliza Mahu Kisah Pal*stin Dimasukkan Dalam Silibus Sekolah
“Apabila saya melihat rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia, saya berharap semua kerajaan di dunia dapat melakukan perkara yang sama.
Bayangkan jika kita dapat membina semangat berpasukan seperti ini, Israel bukan apa-apa.
Kita hanya perlu wujudkan semangat itu. Jika setiap kerajaan menunjukkan solidariti seperti Malaysia, masya-Allah, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik,” tegasnya.
Dalam pada itu, aktivis yang turut serta dalam misi kemanusiaan GSF, Musa Al-Nuwayri juga mendedahkan Sumeyra merupakan individu yang berani mempertahankan hak aktivis lain untuk bertudung ketika dalam tahanan Israel.
View on Threads
Beliau menyifatkan Sumeyra seorang ‘gangster’ dan berani melawan pihak polis Israel sehingga mereka mengalah dan membenarkan aktivis lain seperti Iylia, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi untuk terus bertudung.
Sumber: Threads, Astro Awani