in

“Dia dah lama bagi hint” – Janna Nick Pernah Sindir Ruhainies Pasal Penyondol?

tea 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi tentang hubungan Aliff Aziz dan Ruhainies semakin hangat diperkatakan sejak salah seorang skandal Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine telah membongkarkan pelbagai sisi gelap antara dua pelakon tersebut.

Terbaharu, satu potongan video telah tular di TikTok di mana pelakon dan pengacara, Janna Nick pernah menemu ramah Ruhainies dalam sebuah rancangan TV, ‘Famili Duo’ pada bulan November tahun lepas.


Janna Nick perli Ruhainies?

Dalam video tersebut, Janna pada mulanya bertanya kepada Ruhainies tentang tujuannya datang ke rancangan tersebut namun soalan yang diberi seolah-olah sedang memerli pelakon itu.

Artikel berkaitan: “Kata nak berdamai” – Tulis ‘LUSM’ Di Profile IG, Sarah Yasmine Tuduh Ruhainies Tak Tahu Malu

Artikel berkaitan: Ruhainies Buat Permohonan Maaf Pada Bella Astillah, Mahu Jumpa Untuk Selesai Masalah

Namun, soalan yang diberi berbaur perli apabila dia bertanya kepada pelakon Ruhainies adakah dia mempunyai niat untuk merampas suami orang.

“Datang ni nak support siapa? Ada niat nak menyondol sesiapa ke?”

Bagaimanapun, Ruhainies menidakkan soalan tersebut lalu mempromosikan jenama yang menaja rancangan itu. Sekali lagi, Janna Nick memerli Ruhainies adakah lelaki di sebelah Ruhainies pada waktu itu merupakan skandal pelakon berkenaan.

‘Mungkin orang ingat founder perempuan kan?’ Rupanya lelaki – Ruhainies

‘Baru ingat skandal tadi..’ – Janna Nick

@kasyafbedumb

Replying to @eiraaamok she’s so me ? #pov #ruhainies #alifaziz

♬ original sound – kasyaf bukan syaff – kasyaf bukan syaff

Janna dari masa depan ke?

Ramai netizen mengganggap Janna Nick seakan-akan tahu tentang sisi gelap Ruhainies dan ingin memberitahu sesuatu kepada umum tetapi dalam nada bergurau.

tea 2

tea 1

Untuk rekod, Ruhainies pernah ditangkap khalwat dengan pelakon, Aliff Aziz di sebuah kondominium sebelum dicekup oleh penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.