in

“Dia cuba hayun helmet” – Tular Video Bergaduh Beramai-ramai, Ahli Keluarga Baju Merah Beri Penjelasan

Ft Keluarga Baju Merah Buka Mulut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan video tular pergelutan pasangan suami isteri dengan satu keluarga berbaju merah, pihak keluarga baju merah telah tampil memberikan penjelasan penuh mengenai kejadian sebenar kepada Caprice.

 

Buat Family Day, tempat dah booking


Screenshot 2023 02 14 134929 1

Dalam satu voice note yang dikongsikan Caprice di Instagram miliknya, seorang wanita yang merupakan anak kepada lelaki botak itu menjelaskan bahawa dia sekeluarga ada membuat aktiviti family day di sebuah lokasi di Batu Pahat, Johor selama 3 hari 2 malam.

Pastinya akan ada aktiviti sukaneka sesama mereka, ayah kepada wanita ini sudah mendapat pengesahan daripada pihak pengurusan bahawa lokasi tersebut menjadi milik mereka sekeluarga.

“Ayah dah cakap dengan orang pengurusan tu, tempat tu dah booking kan? Jadi orang luar tak boleh masuk so dia kata, ye dah booking dah tak boleh masuk orang luar.”

Tiba-tiba datang seorang wanita (bertudung kelabu seperti dalam video) ingin membawa anaknya mandi di kolam, mereka yang bersikap terbuka membenarkan wanita itu melakukan aktiviti tersebut biarpun tempat itu dah di booked.

Screenshot 2023 02 14 135019 1

“Macam biasalah sukaneka, muzik kuat of course lah, so kita pun have fun, ada satu makcik ni datang, anak dia mandi kolam, so kitaorang pun macam, oh biarlah kitaorang pun dengan baik hati biar anak dia mandi kolam, kitaorang tak kacau pun.”

“Sebab kitaorang fikir kolam ni untuk orang awam walaupun kitaorang dah book tempat tersebut. Tiba-tiba dia datang dekat sorang pakcik kitaorang, dia cakap keadaan terlalu bising sangat dah ganggu dia dengan anak.”

“So, kitaorang cakap lah tempat ni dah booking, so kitaorang punya sukalah nak buat sukaneka nak bising ke tak sebab kitaorang dah booking, apa tujuan akak nak suruh kita orang slow kan muzik apa semua.”

 

Panggil suami datang, suami buat onar, press motor sambil maki hamun

Screenshot 2023 02 14 135032 1

Disebabkan keluarga itu menjelaskan sebab kenapa mereka bising, wanita tersebut naik angin dengan memberikan satu reaksi yang kurang menyenangkan.

“Dia macam marah, masukkan boya anak dia dalam beg dengan hempas-hempas semua, lepastu dia balik dia hempas lagi pagar gril kitaorang.”

“Kitaorang pun buat bodoh je, pakcik lah yang ceritakan, so selang 10 minit macam tu, datang lah seorang lelaki ni. Dia datang dia press motor kuat-kuat. Kitaorang macam eh kenapa orang ni.”

“Kenapa dia sampai marah sangat ni, lepas tu dia yang cakap siapa yang sound bini aku ni, sini aku nak jumpa, dengan keadaan gangster dia tu dia kacau sukaneka kitaorang, kitaorang pun berhenti tanya apa masalah.”

 

Dakwa kawasan tersebut milik dia, cuba nak hayun helmet dekat ayah wanita ini

Screenshot 2023 02 14 135118 1

Dengan kasarnya lelaki tersebut menengking mereka sekeluarga dan mendakwa tempat tersebut adalah kawasan mereka.

Pihak keluarga baju merah ada bertanyakan kepada pihak pengurusan dan mereka jawab bahawa mereka sendiri tidak mengenali wanita tersebut.

“Dia kata siapa yang marah orang rumah aku ni, dia kata ni tempat kawasan dia, kitaorang macam pelik la, kitaorang tanya pengurusan, dia kata dia tak kenal akak ni pun, ni orang luar dia pun tak tahu macam mana dia boleh masuk dekat dalam tu.”

“So dia datang dengan laki dia tu, dia marah sangat-sangat sampai kitaorang ada tanya, kenapa datang gangster-gangster, abang nak apa sebenarnya.”

“So masa berbual tu, dia ada pegang helmet, dia macam nak hayunkan dekat ayah saya, jadi, ayah saya pun pegang la tangan dia supaya jangan sampai helmet tu kena dekat kepala.”

Screenshot 2023 02 14 135146 1

Oleh itu, kes berlarutan seperti dalam video itu, wanita ini menjelaskan bahawa video yang tular itu adalah keratan di pertengahan kejadian dan telah dipotong.

“So video tu dah pertengahan macam tu, media ni cut, so kitaorang rasa sedih sebab video tu panjang sangat.”

“Punca utama ialah bini dia datang mengadu dengan laki dia, dia call laki dia tu datang, itulah puncanya ayah saya kata jaga bini kau tu.”

https://www.instagram.com/p/CooiCEqv56I/

Wanita ini turut menyatakan bahawa tujuan dia memberikan penjelasan adalah untuk menerangkan situasi sebenar bagi pihak keluarga dan tidak adil jika dengar sebelah pihak sahaja.

Baca : [VIDEO] Suami Isteri Kena Belasah Beramai-ramai Lepas Bertengkar Dengan Abang Botak

Ft Suami Istyeri Kena Belasah Ramai Ramai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.