in

“Dia cakap PU Azman pegang-pegang” – Ibu Mangsa Kes Amang Seksual Yakin Anak Tak Songsang

Pu Azman Pegang Pegang

Sambungan hari kedua perbicaraan kes amang seksual melibatkan pendakwah terkenal PU Azman di Mahkamah Sesyen Seremban harini diteruskan dengan keterangan saksi kelima iaitu ibu kepada salah seorang mangsa.

Dalam prosiding itu, saksi mendedahkan anak lelakinya memberitahu telah dicabul oleh PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dalam perbualan di dapur rumah mereka di Klang, Selangor antara 21 hingga 29 Ogos 2022.

Dalam keterangan di hadapan hakim mahkamah, wanita itu turut memberitahu bahawa yakin yang anaknya adalah lelaki normal dan tidak songsang, lapor Harian Metro.

Img 20230725 103937 01 1 Scaled 1

“Dia (anak) lelaki normal, saya tahu anak bukan macam itu (songsang). Dia cakap PU Azman pegang-pegang tetapi dia tidak kata pegang di mana, mungkin dia segan nak cakap (dengan saya).

“Saya terkejut dan tergamam bila dapat berita ini, anak kata jangan beritahu ayah sebab dia tahu ayahnya tegas,” katanya.

Wanita itu juga berkata, dia percaya yang anak kedua daripada lima beradik itu tidak menipu telah menjadi mangsa PU Azman.

Dalam pada itu ketika disoal peguam mewakili PU Azman, Fahmi adakah dia mengetahui anaknya pernah meminta wang daripada tertuduh.

Dia menjelaskan tidak tahu, namun satu transaksi wang berjumlah RM200 pernah dimasukkan ke dalam akaunnya atas nama PU Azman.

“Masa itu saya tidak tahu nama sebenar PU Azman adalah Azman Syah Alias. Anak hanya minta nombor akaun bank kerana nak pulangkan duit sebab tersalah buat pesanan.

“Saya pun tidak tanya lanjut, anak kata kawan yang masukkan duit, selepas 2 September 2022 baru saya tahu nama sebenar PU Azman daripada pegawai polis,” katanya.

Difahamkan, seramai 26 orang saksi dijangka dipanggil sepanjang kes perbicaraan tersebut yang bermula hari ini hingga 28 Julai depan.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Baca: ‘Umpan’ Nak Jadikan Anak Angkat, Mangsa Dedah PU Azman Minta ‘Lumur Minyak’
Ft Mangsa Dedah Kelakuan Pu Azman

Sumber: Utusan