in

“Dia bukan orang suka berhutang” – Pempengaruh Prince Syed Pertahankan Che Ta

ft prince syed che ta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh yang juga merupakan kawan baik kepada Che Ta iaitu Prince Syed Shahid meminta orang ramai untuk henti melontarkan kecaman terhadap pelakon itu.

Ia berikutan isu hutang hampir RM1 juta membabitkan pelakon itu dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga kediamannya di Kota Damansara diserbu.


Artikel berkaitan : “Jangan cerita benda palsu” – Isu Gagal Bayar Pinjaman MARA, Che Ta Pilih Untuk Tidak Komen 

Artikel berkaitan : Hanya Dapat Sita Barangan Tak Sampai RM100,000, Che Ta Dikatakan Pindah Keluar Barang Semalam

“Satu saja nak cakap. Janganlah tertawa atau nak jatuhkan ataupun ‘condemn’ (hentam) orang.”

“Kita semua tak tahu apa-apa dan manusia hidup macam roda. Kalau satu hari Allah duga atas sesuatu perkara, bukan mudah nak tempuh.”

“Janganlah tertawa dan persenda musibah atau dugaan orang lain tengah hadapi. Kita semua tak berada dalam kasut mereka dan tak tahu apa situasi yang terjadi.”

“Yang kami kenal Che Ta, dia bukan orang suka berhutang. Kami pernah dapat hadiah macam-macam dan hadiah duit tunai pun kami dapat daripada Che Ta dan bukan sikit.”

Tegasnya lagi, Che Ta bukan lah orang yang suka main-main dalam soal duit. Tambahnya, Che Ta seorang yang jujur dan seorang yang rendah diri apabila bersemuka dengannya.

Malah, Che Ta adalah sumber inspirasinya dan insan yang patut dicontohi memandangkan dia membayar cukai dan zakat yang mencecah puluhan ribu ringgit.

“Walaupun terkenal dengan pakaian ‘letop’, tapi tak pernah ada rasa bangga diri. Kami baca komen, kami yang pedih. Cukuplah, Che Ta tahu apa nak dibuat.”

“Kami kenal Che Ta dan cukai dia sahaja bukan murah, hampir RM50,000 sebulan, tahu. Itu cukai dia seorang sahaja kena bayar. Kita ini, kalau jadi Che Ta, apa kita rasa?”

“Itu belum zakat yang dibayar dan macam-macam dia bayar. Dia bukan orang yang lari dari tanggungjawab.”

“Che Ta adalah insan contoh yang saya ikuti sejak zaman kecil, sekolah, sehingga doa satu hari nak sangat jumpa. Tak sangka, idola nombor satu yang dikagumi akhirnya dapat jumpa, kenal dan selalu jumpa. Subhanaallah.”

Kata Prince Syed lagi, dia mahu berjaya seperti Che Ta dan ambil semua aspek positif daripada seseorang bukannya bertepuk tangan dengan kejatuhan orang.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.