Sebelum ini kita pernah dengar berkenaan Datuk Seri Vida yang dikatakan ingin mencari jodoh yang sama level, kemudian tular pula isu jutawan kosmetik itu memaparkan iklan mencari pembantu peribadi dengan gaji RM10,000.
Terkini, DS Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyatakan bahawa dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dari kumpulan Sepahtu, Shuib.
Menurutnya, pengasas jenama Bubblebee itu dikatakan menepati kriteria lelaki yang diidamnya selama ini, di mana dia melihat Shuib sebagai seorang lelaki yang baik hati dan penyayang terhadap anak-anaknya.
Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat.”
Tambah DS Vida lagi, mereka sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia tahun lepas.
Rapat dengan anak-anak Shuib
DS Vida juga boleh dikatakan mempunyai hubungan yang rapat bersama anak-anak Shuib, di mana mereka sering melakukan sesi live bersama-sama melalui Instagram ibu mentuanya. Menurutnya, dia senang hati kerana berpeluang untuk bersembang dan melayan karenah mereka.
Perlu ada restu terlebih dahulu
Meskipun terpalit dengan beberapa isu kontroversi sebelum ini, ia tidak menghalang dari sesetengah pihak untuk menganggap DS Vida adalah pasangan yang serasi buat Shuib.
Walau bagaimanapun, jutawan kosmetik itu turut menegaskan bahawa setiap hubungan memerlukan proses suai kenal dan restu daripada beberapa pihak.
Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,” katanya.
Jodoh pertemuan tu tak ada siapa boleh tahu, kan? So lepas ni ada ke Bubblebee perisa Pamoga agak-agak?
Sumber: Harian Metro
Baca: “Apa masalah mu ni?!” – Gara-gara Sponsor GV, DSV & Iqbal Berbalah di IG