in

Di Sebalik Kisah Seram ‘The Amityville Horror’, Lelaki Bunuh Keluarganya Kerana ‘Bisikan Syaitan’

Collage 14

Sejak bertahun-tahun, The Amityville Horror telah menjadi salah satu filem seram kegemaran ramai. Filem yang menceritakan tentang rumah berhantu sehingga memaksa satu keluarga untuk melarikan diri selepas sebulan berpindah ini telah memberi inspirasi kepada ramai orang yang mahu merasai sendiri pengalaman seram di sana.

Tapi, apa yang selalu dilupakan adalah jenayah ngeri yang berlaku sehingga menjadikan ia rumah berhantu. Ronald DeFeo Jr telah membunuh ibu bapa dan empat adik beradiknya menggunakan senapang ketika mereka sedang tidur.

Lelaki ini mendakwa terdapat suara-suara ghaib di dalam kepalanya yang memaksanya untuk membunuh. Ini kisahnya…

Artikel berkaitan: The Conjuring: Kisah Benar The Perron Family & Rumah Berhantu Enfield Ni Rupanya Lagi Seram Dari Movie!

Artikel berkaitan: Kisah Pembunuhan Arne Johnson Yang Menjadi Inspirasi Filem ‘The Conjuring: The Devil Made Me Do It’

Kehidupan keluarga DeFeo di Amityville

Kalau dilihat dari luaran, keluarga DeFeo dilihat seperti keluarga normal yang bahagia dan tinggal di Long Island pada awal tahun 1970-an. Malah, salah seorang jiran mereka menggambarkan keluarga DeFeo sebagai baik dan normal.

Keluarga ini terdiri daripada, Ronald DeFeo Sr. dan Louise DeFeo dan lima orang anaknya, Ronald Jr., Dawn, Allison, Marc dan John Matthew.

Mereka tinggal di kawasan mewah di Long Island yang dipanggil sebagai Amityville. Rumah berkonsepkan Belanda ini mempunyai kolam renang dan mempunyai dok bot berhampiran. Di dalam rumah tersebut, tergantung satu potret besar keluarga ini.

Ronald Defeo Jr And His Siblings

Namun begitu, disebalik kebahagiaan yang dipaparkan, keluarga ini sangat berbeza dari yang disangkakan. Ronald merupakan pengurus di sebuah kedai menjual kereta namun pekerjaan tersebut tak dapat nak menampung kehidupan mewah keluarganya.

Kebanyakan dari duit mereka datang daripada bapa Louise, Michael Brigante yang telah membeli rumah yang mereka duduki untuk mereka. Ini sekaligus membenarkan mereka untuk berpindah keluar dari apartment kecil mereka di Brooklyn. Michael kemudiannya telah memberikan wang sebanyak US$50,000 untuk membayar lukisan potret keluarga ini.

Amityville Horror House After Murders

Boleh dikatakan, kesemua kemewahan yang ditunjukkan oleh Ronald adalah wang dari bapa mertuanya manakala dia hanya mempunyai gaji yang sikit.

Tak cukup dengan itu, dilaporkan Ronald juga seorang lelaki yang sangat abusive dan ganas. Dia sering melepaskan kemarahan dan kekecewaannya ke atas anak lelaki sulungnya, Ronald Jr atau lebih dikenali sebagai “Butch”.

Ketika membesar, Butch sukar untuk mencari minat yang sama dengan bapanya. Dia juga sering dibuli di sekolah kerana berbadan besar. Tapi bila dia mula meningkat remaja, dia telah kehilangan banyak berat badan kerana penggunaan dadah dan alkohol.

Butch dan Ronald sering bergaduh dan pernah sekali, Butch telah mengacukan pistol ke arah bapanya. Walaupun Butch telah diterima bekerja di syarikat bapanya, dia jarang menunjukkan muka dan sering pulang awal.

Butch telah menghabiskan banyak masanya dengan mengambil dadah, minum alkohol, bergaduh dan bertengkar dengan ibu bapanya. Namun begitu, tak ada siapa sangka dia bakal melakukan Pembunuhan Amityville.

Pembunuhan Amityville

Amityville Horror House And Gun

Konflik di antara Butch dan Ronald telah mencapai kemuncak sehingga dia telah menembak mati Ronald dengan menggunakan senapang ketika lelaki itu sedang tidur pada awal pagi 13 November 1974. Butch kemudiannya menghalakan senapang ke arah ibunya dan turut membunuhnya.

Kemudian, lelaki berusia 23 tahun ini telah pergi ke bilik tempat adik beradiknya yang lain tidur dan membunuh Dawn, 18, Allison, 12, Marc, 12 dan Matthew 9 tahun menggunakan senapang yang sama.

Selepas membunuh keluarganya, Butch telah mandi, bersiap dan mengumpulkan bahan-bahan bukti. Dalam perjalanan ke tempat kerja, dia telah membuang kesemua bukti termasuk senapang yang digunakannya di dalam longkang.

Sepanjang bekerja, Butch telah berpura-pura tidak tahu kenapa bapanya tidak datang ke tempat kerja dan turut merancang untuk menelefon bapanya. Dia kemudiannya meninggalkan tempat kerja dan menghabiskan masa dengan melepak bersama kawan-kawannya dan turut memastikan yang dia menyebut bahawa dia tak dapat hubungi keluarganya hari itu.

Butch kemudiannya bersiap sedia untuk “menemui” mayat-mayat ahli keluarganya.

Pada awal petang, Butch kemudiannya lari ke bar berhampiran sambil menjerit meminta tolong. Dia mengatakan bahawa seseorang telah menembak keluarganya dan meminta orang-orang di situ untuk pergi ke rumahnya.

Ketika mereka sampai ke sana, setiap ahli keluarganya telah ditemui terbaring dengan muka ke bawah dan peluru yang membunuh mereka. Ronald dan Louise telah ditembak dua kali dan anak-anak mereka yang lain telah ditembak sebanyak sekali setiap seorang.

Ronald And Louise Defeo

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, Butch yang dalam keadaan terkejut telah menunggu mereka. Pada awalnya, Butch mendakwa bahawa keluarganya telah dibunuh oleh gangster. Awalnya, pihak polis dilihat percaya dengan kisahnya dan telah membawa Butch ke balai polis sebagai perlindungan. Tapi mereka mula sedar tentang beberapa perkara yang tak kena dengan ceritanya.

Antaranya, Butch mengatakan yang dia telah berada di tempat kerja sepanjang pagi dan bersama dengan kawan-kawannya pada waktu tengahari. Jadi, dia tak boleh jadi orang yang membunuh keluarganya.

Tapi pihak polis mendapat tahu bahawa mayat-mayat tersebut telah ditembak pada awal pagi, lama sebelum dia pergi bekerja.

Selepas Butch menyebut nama pembunuh terkenal yang mungkin telah membunuh keluarganya, pihak polis mendapat tahu yang lelaki tersebut berada di luar negeri ketika pembunuhan tersebtu berlaku.

Keesokan harinya, Butch telah membuat pengakuan atas jenayah tersebut. Dia telah memberitahu polis:

Bila saya dah mula, saya tak boleh berhenti. Ia berlaku dengan pantas.”

Perbicaraan Pembunuhan Amityville

Ronald Defeo Amityville Obit.jpg

Perbicaraan Butch pada Oktober 1975 telah mendapat perhatian ramai ekoran keganasan pembunuhan tersebut dan butiran pelik sekitar pembelaannya. Peguam lelaki ini telah membina kes pembelaan dengan mendakwa Butch merupakan lelaki gila yang telah membunuh keluarganya untuk mempertahankan diri ekoran diganggu oleh bisikan-bisikan syaitan di dalam kepalanya.

Akhirnya, Butch telah didapati bersalah atas enam kesalahan membunuh pada November tahun yang sama dan dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun ke seumur hidup. Tapi kisah Pembunuhan Amityville masih belum berakhir.

Sebabnya, terdapat beberapa misteri yang menyelubungi kes ini. Pihak berkuasa tak tahu macam mana kesemua enam mangsa telah mati dalam tidur tanpa melawan. Selain itu, tak ada seorang jiran pun yang dengar bunyi tembakan walaupun tak ada sebarang silencer digunakan.

Walaupun Butch mendakwa bahawa dia telah meletakkan ubat tidur di dalam makanan keluarganya, pakar mengatakan jarak masa tersebut terlalu lama di antara makan malam dan waktu pembunuhan.

Tak cukup dengan itu, motif pembunuhan juga masih tidak jelas. Walaupun hubungan tegang Butch dan Ronald diketahui ramai, tapi tak ada orang yang tahu kenapa dia telah membunuh seluruh ahli keluarganya lebih-lebih lagi adik beradiknya yang masih kecil.

Amityville Frontpage Defeo Charged

Kemudian, pada Disember 1975, satu keluarga baru telah berpindah masuk ke rumah tersebut. George Lutz dan isterinya Kathy serta tiga orang anaknya telah tinggal di rumah tersebut selama 28 hari sebelum melarikan diri dalam ketakutan. Mereka mendakwa rumah tersebut telah dihantui oleh roh-roh keluarga DeFeo.

George mengatakan, dia telah terjaga setiap malam pada jam 3.15 pagi sejak berpindah ke rumah tersebut. Lebih menakutkan, ia merupakan waktu yang sama apabila Butch dipercayai telah menembak semua ahli keluarganya.

Dua tahun kemudian, pada 1977, seorang penulis Jay Anson telah mengeluarkan novel bertajuk The Amityville Horror berdasarkan dakwaan aktiviti paranormal yang berlaku pada rumah tersebut. Pada 1979, sebuah filem dengan nama yang sama telah dikeluarkan sehingga ramai peminat paranormal telah pergi ke rumah tersebut untuk merasai pengalaman diganggu oleh hantu.

Sementara itu, Butch telah membuat beberapa cubaan untuk bebas dari penjara. Dia telah menukar cerita tentang perkara sebenar yang berlaku beberapa kali sehingga pernah mendakwa ibu atau adiknya yang telah membuat pembunuhan tersebut. Butch telah dipenjarakan sehingga dia meninggal dunia di usia 69 tahun pada 2021.

Sumber: ati