in

“Di mana kan ku cari ganti” – Pemergian Anak Seni Sepanjang Tahun 2022 Yang Meruntun Jiwa

selebriti meninggal dunia 2022 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian, walaupun perpisahan itu sangat perit untuk ditelan namun ianya adalah sesuatu yang pasti.

Tahun 2022 ini menyaksikan ramai anak seni yang pergi ke negeri abadi, sudah pastinya bakat mereka akan diingati dan tiada galang ganti. Karya-karya mereka akan sentiasa terpahat dalam memori semua rakyat Malaysia.


Artikel ini merangkumkan mereka yang telah menabur bakti dalam industri hiburan tanah air dan telah pergi buat selamanya.

#1 M Sani

msani

M. Sani merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur, beliau merupakan bekas Juara Bintang RTM 1971 dan pernah mewarnai industri muzik tempatan dengan album-albumnya seperti Kerna Senyum Ku Terpikat serta beberapa album EP seperti Rindu Hati Ku Tidak Terkira dan Sedangkan Lidah Lagi Tergigit.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat penyakit kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Januari lalu.

#2 Datin Mastura Ismail

mastura ismail

Penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an menerusi lagu menggunakan loghat Negeri Sembilan, Apo Kono Eh Jang, Datin Mastura Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun.

Allahyarhamah meninggal dunia pada 9 Februari akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya yang terletak di Cheras.

#3 Amran Tompel

1528778

Pelawak dan pelakon, Amran Tompel meninggal dunia di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan ketika usia beliau 72 tahun, pada hari terakhir kuarantin akibat positif Covid-19.

Allahyarham yang merupakan anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel pernah membintangi Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak dan banyak lagi.

#4 Rudy Imran

57116480 997017833836187 1139391718052784962 n 1

Komposer yang berusia 47 tahun itu meninggal dunia akibat penyakit kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun.

Allahyarham terkenal dengan buah tangannya menerusi lirik Lelaki Teragung dan Di Pintu Syurga, beliau meninggal dunia di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.

#5 Aman Shah 

amnsha

Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada bulan September lalu.

Aman Shah yang berusia 68 tahun itu menghiburkan kita menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri serta lagu Adikku Pandai Menari.

#6 Adibah Noor

1811121

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, yang berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat.

Beliau merupakan selebriti serba boleh dan turut membintangi banyak filem termasuklah filem Gubra, Mukhsin, Buli Balik, Talentime, Jin Notti serta Magika.

#7 Bob Lokman

HIB BOB LOKMAN

Allahyarham Bob Lokman pernah menghasilkan lirik lagu Isabella termasuk Taman Rashidah Utama (Wings), Rendang Tak Berbuah (Hattan) juga antara karya yang mendapat sentuhan emas Allahyarham Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Pelakon dan penulis lirik itu meninggal dunia pada 23 September di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

#8 Syazlin Zainal 

syzlnznl

Pelakon berusia 26 tahun yang baru sahaja menempa nama dalam industri lakonan tanah air Syazlin Zainal ditemui maut pada 11 November lalu disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Arwah pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok dan Dia Yang Ku Jadikan Suami.

Sumber: Astro AWANI

Semoga roh mereka dicucuri rahmat, Al-Fatihah…

Baca: “Lemas berendam air mata” –  Ini Antara Karya Bob Lokman Yang Akan Diingati Sepanjang Zaman

Bob Lokman Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.