in

DG Hisham Bakal Siasat Dakwaan Wanita Tak Dilayan Kerana Berseluar Pendek Di Hospital Kampar

seluar pendek hospital kampar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah isu kini sedang hangat diperkatakan di Twitter apabila terdapat satu lagi dakwaan di mana seorang individu tidak dilayan oleh badan kerajaan kerana pemakaiannya, kali ini ia berlaku di Hospital Kampar, Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sebuah tweet menyatakan susulan kes wanita yang dilarang masuk ke Hospital Kampar, Perak untuk rawatan kerana berseluar pendek akan disiasat.


Beliau menjawab kepada pengguna Twitter @/devprasad888 yang telah tag Dr Noor Hisham mengenai insiden yang tular di media sosial itu.

Sebelum ini, seorang wanita dilaporkan dimarahi seorang pekerja perubatan kerana “berpakaian tidak senonoh” ketika mendapatkan rawatan di hospital dalam kejadian pukul 11 malam, Ahad lepas.

Difahamkan, wanita berusia 21 tahun itu berkata dia sedang berada dalam kesakitan yang teruk dan sukar berjalan. Rakan dan teman lelakinya kemudian membawanya ke bilik kecemasan hospital tersebut.

Setibanya di hospital, ketika mereka sedang mengisi borang kemasukan tiba-tiba wanita berkenaan dimarahi oleh seorang pembantu perubatan kerana berseluar pendek dan diarahkan untuk menukar pakaiannya jika ingin dirawat.

Rakan wanita itu tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mengambil seluar panjang untuk wanita berkenaan agar membolehkannya untuk mendapatkan rawatan.

Baca: Wanita Dakwa Tak Dibenarkan Masuk Balai Polis Kerana Pakai Seluar Pendek?

Seluar Pendek Balai Kajang

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.